Selalu sangat komen mengutuk, Puteri Sarah ‘kantoikan’ identiti pemilik akaun palsu

Selalu sangat komen mengutuk, Puteri Sarah ‘kantoikan’ identiti pemilik akaun palsu

 

Pelakon Puteri Sarah Liyana sekali lagi menjadi perhatian warganet di Instagram (IG), baru-baru ini.

Menerusi perkongsian itu, Puteri Sarah atau nama lengkapnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin memuat naik beberapa foto dirinya di IG miliknya.

“Saya tak percaya dengan kata-kata. Saya lebih mempercayai suasana.

“Orang akan beritahu anda semuanya tapi suasana boleh menceritakan segalanya,” tulis Sarah ringkas.

Namun di sebalik hantaran positif tersebut, terdapat beberapa komen yang agak menyakitkan hati oleh sesetengah individu.

Lebih mengejutkan, komen-komen tersebut dilemparkan oleh akaun palsu yang dikatakan sering membuat gangguan di setiap hantaran Puteri Sarah.

Menjengah ke ruangan komen lagi, rata-rata warganet seolah-olah dapat mengesan dan mengetahui individu disebalik akaun palsu tersebut yang sering memburukkan pelakon drama Suri Hati itu.

Tanpa berdiam diri, Puteri Sarah tampil membalas komen warganet itu dengan menyatakan dia seolah-olah mengetahui siapa disebalik akaun palsu tersebut.

“Dah boleh agak siapa dan semua itu seorang saja puan akaun tu,” balas Puteri Sarah.

Malah ada juga netizen yang bersimpati dengan pemilik akaun palsu tersebut yang gigih untuk memburukkan Puteri Sarah menerusi setiap hantaran yang dibuat.