Selamba je pelancong China ni berak di pantai, ini reaksi netizen
Kecoh isu kebiadapan pelancong dari China yang datang ke Malaysia. Perangai pelancong yang boleh dilabel ‘tak bertamadun’ dan agak pengotor ini mengundang kemarahan netizen.
Isu ini memang tidak asing lagi dengan rakyat malaysia. Terbaru tular tentang Gambar pelancong dari China “Melepas” dikhayalak ramai di Pantai Port Dickson di Twitter dan Facebook.
Sekiranya melancong ke negara orang lain, jagalah kelakuan dan pertuturan serta ikut peraturan. Janganlah buat kepala sendiri dan buat macam di tempat sendiri. Itulah yang berlaku kat pantai popular Port Dickson.
Ada saksi yang juga orang tempatan, telah ternampak satu perbuatan pelancong ini teramatlah tidak bertamadun dan sangat mengotorkan. Alamak jangg!!
Pendedahan ini dibuat oleh @zudomon apabila dia telah memuat naik gambar kejadian itu di Twitternya.
Dikatakan, kejadian itu berlaku di Pantai Batu 5, Port Dickson, Negeri Sembilan, tempat yang amat popular sebagai destinasi untuk mandi manda seisi keluarga.
Kalau diamati, dari gambar yang dikongsikan, kelihatan tiga pelancong yang dipercayai dari negara Tembok Besar sedang berdiri di pantai di mana salah seorangnya sedang mencangkung dan membuang air besar.
https://x.com/TsueEvans/status/1117243317593395200?s=20
Berikut merupakan reaksi netizen berkenan kejadian tersebut
Sebelum ini juga, kecoh apabila pelancong Cina membiarkan anaknya buang air besar di kaki lima di Kota Kinabalu.
https://x.com/KKCity/status/1115866997798113281?s=20