Selebriti Melayu buat gila tayang tetek di ‘live’ Instagram
Nampaknya selebriti di negara ini semakin giat melakukan kerja-kerja tidak masuk akal semata-mata menaikkan jumlah pengikut mereka di media sosial.
Malah ketika pemimpin kerajaan berlumba-lumba mengeluarkan kenyataan mendakwa Islam semakin didaulatkan di negara ini, semakin banyak pula perkara-perkara memalukan melibatkan selebriti dikalangan bangsa Melayu ini.
Terbaru, saru perkongsian daripada sebuah portal terkenal RotiKaya melaporkan sebuah kisah yang dianggap sangat nemalukan dilakukan seorang selebriti wanita MeLayu Islam ini.
Sebut sahaja nama Liana Rosli atau lebih kenali sebagai Kak KM, ada sahaja kontroversi terpalit usahawan sensasi itu.
Baru-baru ini, perkongsian Kak KM di Instagram menjadi perhatian ramai apabila memuat naik video sedang menyusukan anaknya berusia dua bulan di sebuah restoran di Kuala Lumpur.
Perkongsian video itu mengundang kecaman ramai netizen kerana tidak memakai ‘nursing cover’ untuk menyusukan anaknya di tempat terbuka.
Dalam pada itu, ramai yang kurang senang dengan penampilannya yang seksi serta tindakannya itu membuatkan terdedah bahagian tidak sepatutnya ketika menyusukan anaknya.
Bagaimanapun, ruangan komen video berkenaan telah pun ditutup mungkin kerana menerima kecaman hebat daripada netizen.
Baru-baru ini, Kak KM mengadakan majlis akikah anak keempatnya selepas dua bulan kelahiran. Bagaimanapun, penampilan Kak KM pada majlis tersebut menimbulkan rasa kurang senang netizen.