Selebriti wanita muslim selamba berpakaian seksi ketika hadiri majlis buat netizen tergamam

Selebriti wanita muslim selamba berpakaian seksi ketika hadiri majlis buat netizen tergamam

Sedia maklum, agama rasmi di negara Malaysia adalah Islam, jadi imej sebagai orang Islam sememangnya amat dititik beratkan oleh masyarakat, lagi-lagi jika anda seorang selebriti ataupun pempegaruh.

Seperti baru-baru ini, di sebuah event fesyen yang didatangi oleh ramai selebriti telah menarik perhatian netizen dan ini kerana cara pemakaian yang dipakai oleh selebriti wanita di majlis tersebut didakwa tidak melambangkan seperti umat Islam.

@ehmalaysia

Mugler H&M dilancarkan hari ini! #ehmalaysia #mugler

♬ ALIEN SUPERSTAR – Beyoncé

Antara pemakaian selebriti wanita yang menjadi bualan netizen adalah Amelia Henderson, Mimi Lana, Eyka Farhana serta Azira Syafinaz.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen ‘tergamam’ melihat fesyen yang dipaparkan oleh selebriti-selebriti wanita tersebut dan menganggap mereka hanya Islam dalam kad pengenalan sahaja tetapi sama sekali tidak hidup seperti orang beragama Islam.

komen netizen

Dalam pada masa yang sama, ada juga berseloroh barangkali cuaca di Malaysia kini panas dan disebabkan itu mereka semua memakai baju ‘tidak cukup kain’.

Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih 140,000 tontonan daripada pengguna TikTok dan sebanyak 5000 tanda suka diterima.