Selebriti wanita popular berstatus isteri orang kini diintai duda jutawan?

Selebriti wanita popular berstatus isteri orang kini diintai duda jutawan?

Khabarnya, seorang selebriti jelita yang sering memaparkan kebahagiaan dalam perkahwinan tetapi sebaliknya di belakang tabir telah ‘diintai’ seorang ahli perniagaan bergelar jutawan berstatus duda.

Meskipun sering menayang kebahagiaan rumah tangga di media sosial, khabarnya selebriti itu seolah-olah tidak lagi mempunyai persefahaman dengan suaminya.

Menurut sumber, selebriti wanita itu kini sudah tidak mampu menipu dirinya sendiri apatah lagi kini menjadi buruan jutawan berkenaan.

Difahamkan, jutawan berkenaan ikhlas menjadi pendamping hidup selebriti wanita itu dan bukanlah faktor merasa mampu kerana bergelar jutawan.

Namun begitu, selebriti wanita itu mampu menahan diri setakat ini apabila tidak pernah keluar bersama duda terbabit kerana sedar diri status sebagai isteri orang.