Selepas 10 tahun terpinggir, Yusmadi umum kesediaan bertanding PRU-15

Selepas 10 tahun terpinggir, Yusmadi umum kesediaan bertanding  PRU-15

Saya perlukan bantuan anda!

Selepas mempertimbangkan pandangan kawan-kawan dan kenalan-kenalan yang mahukan saya kembali bertanding di pilihanraya akan datang (selepas tidak bertanding semenjak pilihanraya 2008 dahulu), juga selepas mengambilkira nasihat dan pandangan keluarga terutama ibu dan isteri saya, saya dengan rendah diri berpendirian untuk menyahut saranan untuk kembali menawarkan diri di pilihanraya akan datang.

Selepas lebih 20 tahun bersama perjuangan reformasi, saya percaya perubahan politik adalah sangat penting dan perlu diteruskan. Dengan sedikit pengalaman yang saya belajar ‘learn dan unlearn’ di dalam dunia politik dan mengambilkira keadaan semasa ianya bukan lagi menjadi satu pilihan, malah merupakan satu tanggungjawab kpd individu seperti saya untuk cuba melakukan tanggungjawab tersebut dengan sedaya mungkin.

Selepas berbincang dengan isteri dan keuarga ini adalah ikhtiar terakhir saya untuk mencuba melakukan perubahan kepada rakyat melalui jalur politik yang mana saya akui tidak mudah.

Saya juga percaya masih ramai lagi pemimpin-pemimpin yang lebih hebat dan layak daripada saya untuk memimpin anda. Saya hanyalah ingin menjadi tawaran alternatif dan sanggup bersaing secara sihat dengan bakat-bakat hebat negara yang ditawarkan kepada anda.

Saya percaya cabaran dan harapan rakyat di pilihanraya akan datang berbeza dgn pilihanraya-pilihanraya sebelum ini. Saya bercadang untuk memulakan gerak kerja awal mengambilkira masa yg terhad dan persediaan yg perlu dibuat terutama sekali ‘orang biasa’ seperti saya yang tidak mempunyai nama besar dan sokongan dana besar daripada taukey-taukey seperti calon-calon lain.

Banyak perkara baru dan permasalahan baru yang perlu saya fahami dan pelajari. Segala bantuan, kepakaran, sumber kewangan dan material amat diperlukan. Perkara ini hanya dapat dilakukan sekiranya terdapat semangat muafakat yg kuat di kalangan rakyat dan pemimpin yg mempunyai cita-cita dan misi yang sama.

SAYA DENGAN RENDAH DIRI DAN PERNUH HORMAT MENJEMPUT KAWAN-KAWAN DAN KENALAN YG SUDI MEMBANTU SAYA UNTUK MELAKSANAKAN MISI INI.

Kepada yang mempunyai cita-cita dan misi yang sama dan percaya kepada kemampuan kita bersama, anda boleh DM nama dan contact no di sini. Saya akan hubungi anda untuk berbincang langkah seterusnya. 🙏

Sumber – FB