Selepas 12 tahun, Watie teruja dedah gambar kekasih hati, “Janji tak crop dah”

Selepas 12 tahun, Watie teruja dedah gambar kekasih hati, “Janji tak crop dah”

 

Tak terlambat kiranya kita ucapkan tahniah kepadda pelawak, Shuib Sepahtu atas pertunangan bersama wanita pilihan hati, Watie Hanifiah.

Sekarang, rata-rata peminat menantikan hari bahagia pasangan terbabit yang dijangka bakal berlangsung pada 23 Jun ini.

Kini, Watie juga dilihat sudah mula berkongsi gambar kekasih hatinya buat pertama kali sejak 12 tahun aktif di media sosial.

Watie janji tak crop gambar bersama Shuib lagi selepas ini…

Selama 12 tahun ada socmed, inilah pertama kali kita reveal wajah kekasih hati dalam Instagram ni. Dah jadi Encik Tunang kan, boleh la expose sekitkan..kan…

Watie dalam pada itu turut meminta pengikutnya untuk mendoakan yang terbaik buat mereka.