Selepas 2 negara menutup kedutaan, Hishamuddin berjaya jadikan Malaysia negara terpencil di peta dunia

Selepas 2 negara menutup kedutaan, Hishamuddin berjaya jadikan Malaysia negara terpencil di peta dunia

Tindakan Malaysia mengusir semua diplomat Kedutaan Korea Utara di Kuala Lumpur merupakan satu keperluan untuk melindungi kedaulatan dan keselamatan negara.

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata tindakan itu turut dibuat seiring Artikel 9 Konvensyen Vienna mengenai Hubungan Diplomatik 1961.

“Tindakan ini akan menjadi peringatan bahawa Malaysia tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang cubaan untuk mencampuri urusan dalaman dan sistem kehakimannya, mencemarkan sistem tadbir urus, dan sentiasa ingin mewujudkan ketegangan dengan melanggar undang-undang antarabangsa.,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, Kerajaan Malaysia perlu mengambil tindakan itu sebagai tindak balas terhadap keputusan unilateral dan sama sekali tidak bertanggungjawab oleh Korea Utara pada 19 Mac 2021 untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia.

Kesemua 33 kakitangan serta keluarga Kedutaan Korea Utara di Kuala Lumpur berlepas pulang ke Pyongyang, petang tadi.

Ia selepas Malaysia memberi tempoh 48 jam kepada pegawai dan kakitangan kedutaan itu untuk meninggalkan negara ini susulan keputusan Korea Utara yang bertindak memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia.

Tindakan tersebut ekoran keputusan mahkamah yang mengarahkan seorang rakyat Korea Utara, Mun Chol Myong diekstradisi ke Amerika Syarikat, untuk menghadapi tuduhan pengubahan wang haram.

Keputusan drastik kerajaan Korea Utara pada Jumaat juga mengarahkan penutupan misi Kedutaan Malaysia di ibu kotanya, Pyongyang. – AA