Selepas 27 tahun baru tahu, wanita Islam Sabah terkejut tengok sijil kelahiran tulis agama Kristian

Selepas 27 tahun baru tahu, wanita Islam Sabah terkejut tengok sijil kelahiran tulis agama Kristian

 

Seorang wanita Sabah tidak menyangka bahawa dirinya selama ini didaftarkan sebagai seorang penganut agama Kristian walaupun dilahirkan serta dibesarkan sebagai seorang Muslimah.

Baru tahu lepas 27 tahun

Perkongsian wanita yang dikenali sebagai Farhana itu di TikTok miliknya, mendedahkan bahawa dia hanya mengetahui hal tersebut selepas menukar sijil kelahiran yang baharu di usia 27 tahun.

Ini kerana, maklumat mengenai status agamanya tidak tertera di sijil kelahiran miliknya sebelum ini malah dia juga tidak perasan dan terlepas pandang tentang perkara itu di kad pengenalannya.

Akui dirinya turut terkejut dengan situasi itu kerana bapanya adalah seorang Islam, namun wanita berkenaan dengan tenang menjelaskan bahawa kekeliruan tersebut mungkin berlaku disebabkan status ibunya yang merupakan seorang Mualaf.

Ayah saya memang seorang Islam, ibu saya Kristian. Tapi ibu saya sudah memeluk Islam sebelum mereka berdua berkahwin. Jadi, semasa mereka berkahwin, kedua-duanya sudah pun Islam.

@farhana_calleja

Ntah lha adikk🫠 . #kecelaruanidentiti #bornmuslim #jpnsabah #blessed #tiktoksabahan #fypシツ

♬ suara asli – yo–yaa❤ – teman hijrah ❤

Tidak boleh tukar di sijil kelahiran

Ujarnya lagi, status keagamaan ibunya di sijil kelahiran miliknya tertulis sebagai seorang Kristian dan kenyataan itu tidak boleh diubah walaupun telah bergelar Islam menyebabkan dia turut didaftarkan sebagai penganut Kristian kerana mengikut agama asal ibunya.

Sijil kelahiran ibu saya memang tertulis sebagai Kristian sebab dilahirkan sebagai penganut Kristian sebelum dia memeluk Islam. Jadi, itu tidak boleh ditukar di sijil kelahiran, tetapi di kad pengenalan boleh.

Disebabkan itu juga, wanita berkenaan segera memaklumkan kepada pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah untuk menguruskan hal tersebut agar tidak lagi berlaku kekeliruan.

Wanita itu juga menegaskan bahawa kejadian itu tidak menjadikan dirinya sebagai seorang penganut agama lain malah dia masih lagi mengamalkan cara hidup sebagai Muslim.

@farhana_calleja

Replying to @Newbie 🙏🙏🙏

♬ original sound – Farhana🕊🤍 – Farhana🕊🤍