Selepas 5 tahun, ramai hairan bagaimana bangunan KWSP boleh terbakar untuk kali kedua

Pernah terbakar pada Februari 2018, bangunan lama KWSP di Jalan Gasing di sini terbakar lagi kira-kira jam 10.45 pagi tadi.
Memetik Buletin TV3, kebakaran melibatkan tingkat 4 dan tingkat 5. Pihak bomba bergegas ke tempat kejadian dan api dapat dikawal pada jam 11.08 pagi.
KEBAKARAN | Bangunan enam tingkat KWSP di Jalan Gasing, Petaling Jaya mengalami kebakaran, pagi tadi. Ini merupakan kejadian kali kedua selepas insiden sama berlaku pada Februari 2018.#BuletinTV3 #Kebakaran #BangunanKWSP #JalanGasing #PetalingJaya pic.twitter.com/J1cBUrwR0P
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) May 22, 2023
Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor ketika dihubungi Harian Metro memaklumkan pihaknya akan memberikan maklumat lanjut berhubung kejadian yang berlaku itu
Untuk rekod, pejabat bersejarah enam tingkat ini yang dibina pada 1960 pernah berfungsi sebagai ibu pejabat KWSP selama 35 tahun sebelum berpindah ke ibu pejabat di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.