Selepas 6 tahun ditanam, teddy bear putih muncul kembali pada 2023, tak sangka ini yang terjadi pada keluarga ini

Selepas 6 tahun ditanam, teddy bear putih muncul kembali pada 2023, tak sangka ini yang terjadi pada keluarga ini

 

Di sebalik kecomelan teddy bear, bukan sekali dua kita dengar tentang perkara mistik yang menimpa tuannya apabila memiliki patung berkenaan. Terkadang waktu tidur malam, terasa-rasa seperti ia sedang memandang kita. Namun bagi seorang lelaki bernama Shahril, lain pula kisah yang dialami olehnya dan keluarga.

2017 saya tanam, tak sangka 2023 ia muncul kembali ganggu keluarga kami

Dalam video yang dikongsikan 2 hari lalu, difahamkan keluarga mereka berdepan gangguan mistik oleh sebuah patung beruang putih. Tidak memperincikan apa yang sebenarnya berlaku, namun dia dedahkan telah menanam benda tersebut pada tahun 2017 lalu.

Semoga lepas ni ia berakhir

Alangkah terkejutnya, tahun ini patung berkenaan terkeluar dari tanah selepas digali secara tidak sengaja oleh pekerja projek pembinaan. Anehnya, fabrik teddy bear ini masih cantik dan tidak nampak buruk langsung walhal sudah lebih 6 tahun ia ‘bersemadi’ di dalam tanah.

 

Pandangan orang berbeza…Saya buat je apa yang disuruh & yang terbaik

Keluarga mereka sekali lagi menghadapi gangguan bukan-bukan. Setelah mendapatkan nasihat seorang ustaz, Encik Shahril membuang patung besar tersebut dengan cara hayutkan ke dalam sungai. Untuk memastikan ia tenggelam terus ke dasar sungai, dia turut mengikat sekali dengan batu. Awalnya terfikir untuk lupuskan dengan api, namun difahamkan jin akan semakin kuat jika berlawan dengan api.

@cek_sharil

2017 sy tanam..x sngka 2023 dia tergali oleh org buat projek..dan muncul kembali menggangu kluarga kami..semoga lepas ni ia berakhir…2017-2023..lima tahun dlm tanah..warna bear tetap x berubah…jgn tnye kenapa x bakar je..sy mula2 pn nk bakar..tp uztaz ckp jin lg kuat bila dgn api..dia suruh buang ke sungai je..so sy buat je la ap yg di suruh,,dia lg arif bap ni..pandangan org berbeza..sy buat je ap yg di suruh n terbaik…

♬ bunyi asal – cek_sharil – cek_sharil