Selepas Adira Suhaimi, Datuk Red kini ceraikan pula isteri pertama dengan talak satu

Selepas Adira Suhaimi, Datuk Red kini ceraikan pula isteri pertama dengan talak satu

 

Datuk Red akhirnya sah bercerai talak satu dengan isteri pertamanya, Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim atau lebih dikenali sebagai Datin Red di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor sebentar tadi.

Menurut laporan mStar, lafaz talak itu dilakukan di hadapan Halim Syarie, Mohd Nurulazhar Mohd Tohar.

Mereka berdua juga sempat bermaaf-maafan buat kali terakhir sebelum lafaz cerai tersebut.

Sharifah juga bersetuju untuk tidak membuat beberapa tuntutan terhadap bekas suaminya itu berdasarkan dokumen yang dibacakan oleh peguam Datuk Red.

Bekas isteri Datuk Red itu tidak akan menuntut nafkah idah dan mutaah melalui perjanjian yang dibuat.

Sebelum ini, Adira Suhaimi dan Datuk Red telah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat.