Selepas Afdlin Shauki, giliran Sabri Yunus pula hentam syarat gila stesen tv

Selepas Afdlin Shauki, giliran Sabri Yunus pula hentam syarat gila stesen tv

Yang punya sejuta atau lebih daripada sejuta pengikut hanya beberapa nama saja..

katakanlah 20 orang.. katakan ya..maka yang 20 orang ini direbut oleh semua semua setesen .

Lalu semua penerbit juga berebut kerana tiada pilihan.. bagaimana status yang lain.. yang sudah bergelar pelakon tapi tidak termasuk dalam kategori yang 20 nama itu?, yang baru nak jadi pelakon kerana minat dan kebolehan?, yang baru habis belajar bidang lakonan atau yang dah lama ( sekian tahun) dalam dunia lakonan?.. dimana mereka kini atau selepas ini?

Adakah mereka semua kena jadi insta famous dulu.. kumpul folowers dalam beberapa tahun baru boleh cuba untuk layak bergelar pelakon ..

Pelakon yang dalam kategori 20 nama ini pun kesian juga.. mereka tiada pilihan, kena sambar semua cerita yang ditawarkan.. mereka tak punya masa untuk persediaan dengan watak dan cerita yang baru..kesian mereka .. apabila ini berlaku maka kesian pada naskhah.. kesian pada penceritaan..kesian pada semua akhirnya..

Bayangkan pula jika pelakon kategori 20 nama ini meletakkan bayaran atau keistimewaan tertentu dgn penerbit.. bayangkan kalau mereka menuntut semua itu kerana mereka sedar mereka pilihan setesan…bayangkan..kesian penerbit.. kesian pelakon lain..

Saya rasa cadangan pelakon yang hanya sejuta atau lebih saja layak berlakon patut di pikir semula.. pikir dari segala aspek.. bukan hanya rating semata..setuju rating itu penting tapi rating bukan segalanya.. rating tidak harus menolak perkiraan lain yang sama kepentingannya..

Saya cuma bayangkan apa akan jadi pada industri akan datang jikalau kaedah ini berterusan..
Atau begitukah?