Selepas ayam dan ikan naik menggila, chef terkenal dedahkan pula harga terkini lamb shoulder

Terkejut beruk saya pagi ni bila tengok harga Lamb Shoulder sekarang.
Rasa bulan lepas masih dalam RM34 jer sekilo, sekarang dah naik jadi RM41 !!!
Sampai RM7 sekali naik.
Macam mana lah peniaga dan restoren nak jual Lamb Chop, Lamb Grill, Kambing Bakar dan Nasi Lamb Mandi cam ni?
Nak letak harga RM25 sepinggan?
Dah ler harga ayam melepasi harga siling dan bumbung. Ni lamb pulak. Ikan lagi lah tak boleh sentuh.
Ikan Talapia dan Patin lombong jer yang murah.
Harga ikan mahal, ayam naik harga, kambing melambung. Haaa..jangan pulak kata suruh makan sayur jer lepas ni.
Tak der ker kementerian atau menteri yang boleh prihatin sikit benda-benda cam ni.
Sampai bila nak biar kan rakyat menderita?
Jangan asyik nak berpolitik dan berebut jawatan jer sepanjang masa.
Tak der ker perasaan bersalah atau berdosa? Atau sekurang-kurang ada sedikit hati perut.
Bosan…. Tahu !
Rakyat dah bosannn
Sumber – FB