Selepas barangan keperluan, giliran kos tunaikan haji pula naik harga

Selepas barangan keperluan, giliran kos tunaikan haji pula naik harga

Nampaknya kos kehidupan di Malaysia pasxa endemik Covid-19 tidaklah semudah yang dijangka. Dengan ratusan ribu kes pekerja kehilangan sumber pendapatan, muncul pula isu baharu berkaitan kos kenaikan harga barang.

Samada melibatkan kos makanan mahupun kos bahan pembinaan, semuanya mengalami kenaikan seiringan. Tiada lagi kenikmatan menjalani kehidulan seperti di waktu pemerintahan kerajaan PH 22 bulan dahulu.

Malah, menteri pengguna pula dilihat lebih mendahulukan kelukaan hatinya apabila di’troll’ netizen yang mula menaikkan poster protes terhadap keengganan kerajaan mendengar keluhan rakyat yang terbeban dengan isu kenaikan ini.

Hari ini, sekali lagi rakyat dimangsakan kerajaan yang kononnya mengaku mempertahankan hak Melayu Islam. Seperti dilaporkan akhbar Sinar Harian, kos terkini rakyat Malaysia yang ingin menunaikan haji dijangka meningkat kepada lebih RM30,000 berbanding RM23,000 sebelum ini susulan peningkatan Cukai Nilai Tambah (VAT) yang diperkenalkan oleh kerajaan Arab Saudi.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, VAT itu meningkat kepada 15 peratus berbanding lima peratus sebelum ini menyebabkan jangkaan peningkatan kos haji sebanyak lebih 50 peratus.

“Peningkatan kos sebahagian besarnya berkait rapat dengan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 yang perlu dipatuhi termasuk penjarakan fizikal seperti had kapasiti bilik hotel dan bas.

“Jumlah tepat kos haji akan datang itu bagaimanapun akan diputuskan dalam kabinet dan diketahui awal tahun hadapan,” katanya di sini pada Sabtu.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran membabitkan 18 keluarga di Jalan Gajah Mati di sini.

Beliau menegaskan, Tabung Haji tetap akan menanggung sebahagian daripada kos, namun jumlah yang akan ditanggung itu belum diputuskan.