Selepas bercerai Noh Salleh terpaksa berebut hak penjagaan anak dengan Mizz Nina, rakan dedah bakal tamat zaman duda
Nama penyanyi Noh Salleh kembali menjadi sebutan ramai apabila mendedahkan dia berdepan detik sukar selepas bercerai dengan bekas isteri iaitu Mizz Nina pada Ogos tahun lalu.
Noh atau Mohammad Noh Salleh, 38, menerusi temu bual bersama media di Indonesia mendedahkan kehidupannya sejak enam bulan lalu sukar selain terpaksa berebut hak penjagaan anak angkatnya bersama Mizz Nina iaitu Musa.
“Lagu Manusia nyanyian David Bayu, lagu ini benar-benar satu refleksi terhadap diri saya.
“Sejak enam bulan lalu saya melalui kehidupan yang sukar. Saya bercerai dengan isteri, kemudian berebut anak.
Noh memberitahu berdepan detik sukar selepas bercerai.
“Lagu Manusia seakan kena dengan diri saya sendiri sebagai seorang manusia yang melalui detik sukar dalam hidup,” katanya.
Noh berkongsi kesukaran dihadapinya itu ketika diminta berkongsi lima lagu kegemarannya dan memaklumkan Manusia seakan mengisahkan kehidupan pahit yang terpaksa dilalui selepas bercerai.
Sementara itu, salah seorang kenalan Noh dikenali sebagai Karen Portuguese pula seakan-akan memberi bayangan di Instagram vokalis kumpulan Hujan itu akan menamatkan zaman duda tidak lama lagi.
“Hari jadi bermakna dengan rockstar kegemaran saya yang akan berkahwin tidak lama lagi. Tahniah!,” kongsinya.
Karen turut berkongsi foto bersama Noh di Instagram miliknya.
Pada Mei lalu, Noh difahamkan sudah mengikat tali pertunangan dengan seorang wanita dikenali sebagai Fatin Athira Mustapa, 30, yang merupakan seorang pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor.
Rakan Noh memberi bayangan penyanyi itu bakal menamatkan zaman duda.
Timbul desas-desus pasangan itu dikatakan bakal disatukan sebagai suami isteri pada 23 September depan.
Untuk rekod, Noh dan Mizz Nina atau Shazrina Azman mendirikan rumah tangga pada Julai 2011 dan bercerai pada Ogos 2022.
Pasangan berkenaan mengambil seorang anak angkat yang dikenali sebagai Musa.
Namun Mizz Nina kembali mendirikan rumah tangga bersama bersama penyanyi rap dan penulis lirik dari Seattle, Amerika Syarikat (AS) berketurunan Maghribi, Essam Muhammad pada suku kedua tahun ini.