Selepas berlawan ‘londeh aib’, Anju & bekas tunang akhirnya dah berbaik dan saling minta maaf

Selepas berlawan ‘londeh aib’, Anju & bekas tunang akhirnya dah berbaik dan saling minta maaf

 

‘Perang mulut’ membabitkan pelakon sensasi, Zarina Anjoulie dan bekas tunangnya Datuk Seri Khazrul Elzey dilihat sudah menemui noktahnya apabila kedua-dua saling membuat permohonan maaf.

Menerusi satu perkongsian TikTok Story, Zarina atau mesra dengan panggilan Anju menghargai permohonan maaf daripada ahli korporat berusia 45 tahun itu dan berharap mereka dapat menjalin silaturahim selepas ini.

Sudah berbaik!

“Terima kasih Khazrul atas permohonan maaf kepada saya dan keluarga saya. Harap kita boleh berdamai selepas ini,” tulisnya malam tadi.

Sebelum itu, dia menerima kunjungan keluarga Khazrul di rumahnya untuk mencari jalan penyelesaian antara kedua-dua pihak selepas kemelut tersebut menjadi perhatian di media sosial sejak beberapa minggu lalu.

Anju berkata, dia menyayangi hubungan terjalin antara kedua-dua keluarga dan memilih untuk ‘menutup mulut’ sekiranya berlaku sebarang permasalahan selepas ini.

“Terima kasih keluarga bekas tunang saya yang sudi datang bertemu saya. Biar apa pun yang terjadi, saya akan sentiasa sayang dan menghormati hubungan kami.
“Satu keluarga yang saya akan sayang sampai bila-bila. Saya ingin menjaga hubungan antara sesama keluarga. Jadi apa yang berlaku selepas ini, saya memilih untuk tidak memberikan sebarang komen.
“Silaturrahim lebih penting dari nak ikut hati dan perasaan,” tulisnya.

Pada masa sama, Khazul juga menghargai tindakan pelakon berkenaan kerana menyambut baik kehadiran keluarganya selain mengakui kesilapnnya sebagai manusia yang tidak sempurna.

“Terima kasih kepada keluarga semua, dengan rendah diri saya mohon maaf pada keluarga Anju terkhilaf kata, jika tersinggung perasaan serta perbuatan.
“Saya mohon maaf! Terima kasih menerima kunjungan keluarga saya dengan baik. Jaga diri Anju,” katanya dalam sebuah posting di TikTok.