Selepas Bezza dan BLM, Ebit Lew hadiahkan motor pula buat pasangan suami isteri

Selepas Bezza dan BLM, Ebit Lew hadiahkan motor pula buat pasangan suami isteri

Sedih lak 4 Ramadhan ni bila tengok dekat tik tok pasangan suami dan anak kecil tidur di tepi jalan beralaskan kotak di Larkin Johor. Kasihannya rasa. Berminggu-minggu. Ujian hidup mereka. Kerja tak menentu. Kami hadiahkan motor, bayarkan sewa bulanan rumah flat, dan dapatkan francais syukor burger untuk beliau berniaga di Taman Wawasan Larkin.

Pagi tadi dari kl terus ke Larkin Johor. Sampai tadi adik berdua ni menangis. Ujian berat dalam hidup. Syukur pada Allah. Doakan perniagaan mereka dan anak mereka yang akan mula bersekolah berumur 7 tahun. Begitulah saat diuji Allah. Terasa berat tak mampu berkongsi. Yang melalui merasainya.

Begitulah rezeki dan ujian hidup. Yang pasti semuanya kerana Allah sayang kita.

Sumber – FB Ebit Lew