Selepas Bomba, AKSB turut sahkan Siti Zailah ambil air tanpa meminta izin

Selepas Bomba, AKSB turut sahkan Siti Zailah ambil air tanpa meminta izin

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan tidak menerima sebarang permohonan daripada Ahli Parlimen untuk mengambil air daripada pili bomba.

Pengarahnya, Zainal Madasain, berkata pihaknya turut menghubungi Pengurus Besar Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) bagi mendapat maklumat.

“Pihak kami tidak terima sebarang permohonan daripada YB untuk ambil air daripada pili bomba. Terus terang saya cakap.

“Saya juga hubungi Pengurus Besar AKSB dan beliau maklumkan pihaknya juga tiada terima permohonan daripada YB.

“Kita sudah buat laporan bagi siasatan lanjut berkait perkara ini,” katanya ketika dihubungi, memetik Harian Metro.

Terdahulu, Ahli Parlimen Rantau Panjang, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff menjelaskan tindakannya yang menggunakan pili bomba adalah mendapat kebenaran Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) serta Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang.