Selepas didakwa tak bekerja, adik lelaki Shila Amzah canang cari rumah sewa utk ahli keluarganya pula
Bagai drama sinetron, ‘perang’ antara penyanyi Shila Amzah dan adik lelakinya, Amir Syafiq yang berbalas kenyataan mengenai isu penjualan rumah masih tiada titik noktah.
Memetik Kosmo!Online, anak kedua daripada empat bersaudara itu meneruskan serangan usai kakak sulungnya membuat kenyataan balas sambil menangis petang semalam.
Dia mendakwa kemarahannya tiada kaitan dengan keputusan Shila menjual rumah, sebaliknya tercetus kerana sikap biadab Shila terhadap ibu mereka, Fauziah Sarman.
“Aku tak kisah Shila nak jual rumah, tak marah. Kami adik-beradik sentiasa doakan dia.
“Aku marah sebab dia maki mak aku, maki depan adik lelaki (Syahir), Ubai (suami Shila) dan orang yang urus nak jual rumah.
“Kamu semua tak kenal Shila yang sebenar. Aku lagi kenal dia, aku yang membesar dengan dia,” katanya dalam siaran langsung dalam TikTok, malam tadi.
Amir Syafiq turut berasa pelik apabila abang iparnya, Ubai tidak menegur perbuatan isterinya.
Malah tegasnya lagi, pendedahan dalam media sosial tersebut didakwa terpaksa dilakukan lagi bagi melindungi insan yang melahirkan mereka serta adiknya.
“Shila maki mak aku depan Ubai. Ubai baru hilang mak dia. Aku simpati dengan Ubai, dia patut faham. Macam mana dia boleh biar isteri dia maki mak mentua dia?
“Ramai saksi cuma semua berpihak dengan Shila. Selepas dia maki mak, dia buat ‘live’ maki kami satu keluarga.
“Aku tak ada kat rumah masa kejadian. Aku buat ‘live’ ini pun sebab nak ‘protect’ mak dan adik saja.
Berkongsi lagi momen kedatangan petugas yang melihat rumah mereka Selasa lalu, Amir Syafiq mendakwa ibunya meminta diberikan masa dua jam untuk membersihkan kediaman berkenaan.
Namun dakwanya, permintaan itu tidak diendahkan, malah kakaknya datang dalam keadaan beremosi bertindak menendang pintu dan memaki ibu mereka.
“Pagi semalam ada orang datang rumah pada waktu pagi. Ada orang nak nilaikan rumah jadi Shila hubungi mak. Rumah aku ada 40 kucing, agak kotor.
“Jadi mak minta orang itu datang sejam dua lagi sebab mak nak mop rumah dan berkemas. Shila cakap mereka ada kerja bukan macam mak. Mak ‘call’ menangis minta jaga maruah mak.
“Aku mesej PA (pembantu peribadi) Shila iaitu Aini minta dia bawa individu itu pergi minum dulu tapi Aini cakap orang itu dah sampai.
“Kemudian, Shila datang marah-marah depan rumah, dia terajang pintu. Shila tengking mak cakap kepala otak mak dan tolak mak. Mak aku marah, nak jatuh sebab nak lempang Shila tapi tercapai cermin mata dia. Aku ada bukti,” ujarnya.
Lelaki berusia 30 tahun itu turut menyentuh lagi isu kediaman yang diduduki mereka dengan mendakwa semua sudah sepakat tidak akan menjual rumah tersebut.
Malah kata Syafiq, kakaknya sengaja meraih simpati sedangkan ketika awal dahulu bapa mereka, Datuk ND Lala yang membayar rumah tersebut.
“Rumah pusaka tak akan dijual. Kami dah janji, itu persetujuan awal. Bapa aku bayar masa awal beli, bukan Shila. Shila sengaja nak raih simpati netizen.
“Sekarang aku tengah cari rumah untuk mak aku dan adik-beradik. Ini memang tanggungjawab aku sebagai anak sulung lelaki kerana selama ini pun aku yang jaga mak.
“Shila mana ada. Dia hanya bagi duit, dia rasa dah cukup. Dia ingat dengan duit itu boleh bawa mati. Allah nak tarik sekali saja,” luahnya.
Perbalahan antara penyanyi Jauh Hati dengan Amir Syafiq tercetus selepas adik perempuan mereka yang juga penyanyi, Syada mendakwa mereka akan dihalau selain menyifatkan dirinya bagai haiwan jalanan.