Selepas dikecam hebat ahli partinya, Takiyuddin tuduh penguatkuasa langgar garis panduan ketika menyaman peniaga burger semalam

Selepas dikecam hebat ahli partinya, Takiyuddin tuduh penguatkuasa langgar garis panduan ketika menyaman peniaga burger semalam

Putrajaya hari ini berkata langkah untuk mengenakan kompaun bagi pesalah perintah kawalan pergerakan (PKP) oleh penguatkuasa mesti dilaksanakan mengikut garis panduan dan ia adalah semata-mata bertujuan pencegahan dan memberi pengajaran.

Dalam sebuah kenyataan Menteri Undang-Undang Takiyuddin Hassan berkata
penguatkuasaan undang-undang pindaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) bagi menaikkan kadar kompaun itu mesti dilaksanakan mengikut Garis Panduan Penetapan Nilai Tawaran Kompaun dan Kadar Pengurangan Kompaun di bawah akta yang sama.

“Kerajaan telah menggubal Garis Panduan Penetapan Nilai Tawaran Kompaun dan Kadar Pengurangan Kompaun di bawah Akta 342 untuk dijadikan panduan kepada pihak penguatkuasa yang menjalankan penguatkuasaan pematuhan SOP yang ditetapkan.

Menurutnya, garis panduan tersebut menetapkan bahawa perbuatan seseorang pemegang lesen dan pemilik premis yang gagal mematuhi waktu operasi premis merupakan kesalahan kategori 3 yang boleh dikenakan kompaun maksima RM10,000.00.

Namun, pesalah-pesalah boleh diberikan kadar pengurangan sebanyak 50% sekiranya membayar kompaun tersebut dalam tempoh 7 hari dan 25% sekiranya dalam tempoh 14 hari.

“Segala tindakan mengenakan kompaun bagi kesalahan-kesalahan di bawah undang-undang adalah semata-mata bertujuan pencegahan dan memberi pengajaran kepada pelaku-pelaku.

“Semua pihak individu mahupun peniaga sama-sama bertanggungjawab dalam usaha memerangi pandemik Covid-19 dalam komuniti yang masih lagi berada di peringkat kritikal dan serius,”jelasnya. – MN