Selepas dikira, nilai sebenar planet bumi akhirnya didedahkan

Selepas dikira, nilai sebenar planet bumi akhirnya didedahkan

Tidak semua perkara boleh dijual beli tetapi pernah atau tidak anda terfikir mengenai harga bumi? Berapakah nilainya jika ia boleh dijual?

Jangan terkejut kerana nilainya sangat tinggi dan mungkin tidak akan pernah mampu dibeli oleh sesiapa pun. Manakan tidak, harga bumi dikatakan bernilai USD$ 5,000,000,000,000,000 atau USD 5 Quadrilion bersamaan RM20,940,000,000,000,000.00

Memetik portal Treehugger, nilai itu antara yang paling mahal dalam sistem suria.

Bagaimana ia dikira?
Untuk pengetahuan anda, satu formula khas telah dibangunkan oleh penolong profesor astronomi dan astrofizik dari Universiti California, Santa Cruz, Greg Laughlin, untuk menentukan nilai dunia ini.

Pengiraan tersebut diakui ‘kurang’ saintifik tetapi ia mengambil kira beberapa faktor antaranya seperti saiz, jisim, suhu, umur dan faktor lain planet yang secara langsung berkait dengan keupayaannya untuk mengekalkan kehidupan.

Untuk menekankan betapa berharganya bumi, Laughlin juga menganggarkan nilai planet lain dalam sistem suria kita. Bagi planet Marikh, nilainya hampir sama dengan kereta terpakai iaitu USD $16,000 (RM67,024). Manakala, bagi planet Zuhrah pula ia hanya bernilai satu sen saja.

Menerusi kajian tersebut, Laughlin berkata jumlah-jumlah tersebut tidak ‘diaplikasi’ di dunia nyata. Sebaliknya, dia berharap ia akan memberikan inspirasi kepada orang ramai untuk lebih menghargai satu-satunya ‘rumah’ yang didiami selama ini.

Sumber – Siakapkeli