Selepas ditendang Tok Mat di Rembau, Khairy sahkan Pak Lah mengidap penyakit ‘dementia’

Selepas ditendang Tok Mat di Rembau, Khairy sahkan Pak Lah mengidap penyakit ‘dementia’

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin buat kali pertama berkongsi keadaan kesihatan bekas Perdana Menteri yang juga bapa mentuanya, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menghidap penyakit demensia atau nyanyuk.
yang makin merosot.

Menurut Khairy, keadaan Abdullah atau lebih mesra dengan panggilan Pak Lah semakin merosot.

Pak Lah tidak mengingati namanya, isteri serta ahli keluarga lain dan semakin sukar untuk bercakap.

Beliau bagaimanapun berkata, Pak Lah sihat dan berada dalam keadaan baik serta lebih selesa berada di rumah untuk mengelak jangkitan Covid-19

“Saya ingin berkongsi satu perkara peribadi yang tidak pernah dikongsikan sebelum ini yang Pak Lah menghidap demensia.

“Beliau mula menunjukkan tanda kecacatan kognitif (cognitive impairment) sejak 2009 selepas beliau bersara daripada jawatan Perdana Menteri.

“Saya beritahu mengenai penyakit dihidapi Pak Lah ini selepas mendapat persetujuan daripada keluarganya kerana ramai tertanya-tanya keberadaannya dan sudah lama tidak melihatnya di tempat umum.

“Beliau kini terpaksa duduk atas kerusi roda, umpama mempunyai kehadiran fizikal dan fikirannya tiada,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Panduan Amalan Klinikal (CPG) Pengurusan Demensia (Edisi Ketiga) dan Pengurusan Schizophrenia (Edisi Kedua) di Sheraton Imperial di sini, hari ini.

Khairy menambah, Pak Lah kini tidak lagi dalam keadaan normal kerana tidak mengenali orang terdekatnya.

“Lebih banyak hari yang sukar berbanding hari yang lancar. Jadi doakan beliau dan kami berharap untuk hari yang lebih baik akan datang,” katanya seperti dilaporkan MalaysiaGazette.