Selepas dua minggu hentam penganjuran konsert Coldplay, netizen pulang paku buah keras terhadap Ustazah Asma’ gara-gara hantaran FBnya semalam

Selepas dua minggu hentam penganjuran konsert Coldplay, netizen pulang paku buah keras terhadap Ustazah Asma’ gara-gara hantaran FBnya semalam

Nama pendakwah selebriti yang sinonim dengan panggilan Ustazah Asma’ Harun sekali lagi terpalit kontroversi gara-gara satu hantaran dimuat naik di FB miliknya semalam.

Ini selepas kritikannya terhadap kepimpinan kerajaan pimpinan Ismail Sabri yang turut dianggotai menteri daripada Pas yang secara cuai meluluskan penganjuran konsert kumpulan rock terkenal British, Coldplay, dua minggu lepas mendapat sokongan ramai.

Asma’ dalam hantaran FBnya ketika itu memberikan 10 sebab kenapa rakyat Malaysia dilarang menghadiri konsert tersebut.

“Konsert Coldplay jelas bercanggah dengan syariat Islam kerana menawarkan hiburan melampau dan percampuran lelaki perempuan yang tidak terkawal,” – Ustazah Asma’

Malah, Asma’ turut menpersoalkan rasional mengadakan konsert tersebut pada ketika saudara seagama di Palestin yang menderita dibantai tentera Zionis Israel

Namun warganet meluahkan rasa terkejut sepas Asma’ tampil dengan satu hantaran baru berkaitan perlawanan akhir Piala Malaysia antara negeri kelahirannya, Terengganu dengan Jdt semalam.

Akibatnya, ruangan komen FB Asma’ telah dibanjiri dengan komen-komen warganet yang tidak berpuas hati dengan sikap berpilih-pilih (select) beliau dalam berhukum.

Hasil pemerhatian kami, ini bukanlah kali pertama sikap berpiih-pilih Asma’ ketika mengulas mengenai isu sensasi melibatkan kerajaan perpaduan ini.

Beliau yang dikenali sebagai penyokong perjuangan parti Pas itu turut terpalit dengan kontroversi mengulas konsert melibatkan aksi lucah dan seksi peserta program Loy Krathong di Kelantan baru-baru ini.