Selepas Erra Fazira, Maya Karin pula dikait bakal bernikah dengan ahli politik berpangkat Datuk

Selepas Erra Fazira, Maya Karin pula dikait bakal bernikah dengan ahli politik berpangkat Datuk

Nampaknya dunia artis wanita berstatus ibu tunggal terus segar dengan berita-berita panas apabila dikaitkan membina hubungan dengan ahli-ahli politik tanah air.

Sebelum ini, nama Erra Fazira dilaporkan menjadi topik terhangat sepanjang tanhun lepas selepas dikaitkan telah pun bernikah sebagai isteri kedua kepada Peja, Menteri Belia dan Sukan.

Baru-baru ini pula timbul lagi khabar angin mengatakan pelakon jelita, Maya Karin menjalinkan hubungan dengan seorang individu berpangkat Datuk.

Bagaimanapun, Maya menafikan dakwaan tersebut serta mengatakan dia ada berkawan baik dengan individu berpangkat Datuk tetapi tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa.

“Ya, memang kami rapat. Tetapi bukan seperti yang didakwa. Kami hanya berkawan baik. Saya ada ramai kenalan orang politik. Jadi saya tak faham bagaimana dakwaan seperti ini boleh timbul,” jelasnya.

Dalam pada itu, Maya berkata dia masih terbuka hati untuk mendirikan rumah tangga namun buat masa ini dia lebih memilih untuk menambah lebih ramai kenalan.

“Tentu sekali saya masih mahu berumah tangga. Tetapi sekarang saya hanya menambah lebih ramai kenalan. Meluangkan lebih masa, bertemu kawan baharu meskipun dahulu saya merasakan tiada keperluan. Segan.

“Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah masa terbaik untuk saya kenal lebih ramai orang. Tambah jaringan sosial. Jadi, buat masa ini tiada tekanan untuk berkeluarga,” katanya.