Selepas giat tohmah kononnya Singapura diperintah komunis, Pas terpaksa akur jilat ludahnya sendiri

Selepas giat tohmah kononnya Singapura diperintah komunis, Pas terpaksa akur jilat ludahnya sendiri

Parti Pas yang suatu masa dahulu begitu aktif memainkan sentimen kebencian terhadap negara Singapura, yang didakwa diperintah oleh komunis akhirnya terpaksa membuat pusingan u.

Ini selepas kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Presidennya, Tuan Ibrahim Tuan Man yang memaklumkan telah membincangkan kerjasama antara Singapura dengan 4 negeri di bawah pentadbiran parti itu di bawah payung Perikatan Nasional (PN).

Menurutnya perkara itu disentuh ketika menerima kunjung hormat Menteri Pembangunan Negara Singapura, Desmond Lee, semalam.

“Kami telah mengadakan perbincangan mengenai fokus pembangunan di Malaysia dan Singapura.

“Selain itu, pertemuan ini turut membincangkan potensi kerjasama Singapura dengan negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis yang berada dibawah pentadbiran PAS dan PN,” katanya dalam hantaran di Facebook, seperti dilapor Malaysiakini.

Presiden Pas, Tuan Guru Tan Sri Haji Abdul Hadi Awang, ketika berucap pada Pada 10 November 2022 dalam satu majlis di Temerloh, Pahang mendakwa pengaruh komunis dalam pentadbiran DAP terserlah ketika parti itu mentadbir Pulau Pinang.

Memetik laporan MalaysiaGazette, pemimpin DAP di negeri itu katanya memerintah seperti mana yang berlaku di Singapura.

DAP tonjolkan calon Melayu sebagai alat politik, macam Lee Kuan Yew pernah buat di Singapura, gunakan parti Melayu.

Susulan kenyataan tersebut, Ahli Parlimen Marang itu telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk memberikan keterangan