Selepas hilang majoriti, peguam muda ini ajar 10 langkah segera perlu dilakukan Muhyiddin

Selepas hilang majoriti, peguam muda ini ajar 10 langkah segera perlu dilakukan Muhyiddin

Apa langkah seterusnya yang patut dibuat setelah UMNO menarik sokongan terhadap Tan Sri Mahiaddin Yassin dan PN?

1. Tan Sri Mahiaddin Yassin perlu segera menghadap YDPA untuk membuktikan bahawa beliau masih lagi mempunyai sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat;

2. Jika beliau mengelak untuk menghadap YDPA dengan segera, sebagai Ketua Negara, YDPA berhak untuk memanggil Tan Sri Mahiaddin Yassin untuk datang menghadap Baginda;

3. Semasa menghadap YDPA, jika Tan Sri Mahiaddin Yassin tidak berjaya buktikan beliau mempunyai sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat, beliau mempunyai 2 pilihan sahaja;

a) Letak jawatan sebagai PM; atau

b) Mohon perkenan YDPA untuk membubarkan Parlimen (Art 43(4) FC);

4. Jika YDPA enggan membubarkan Parlimen, Tan Sri Mahiaddin Yassin tiada pilihan lain melainkan mesti meletakkan jawatan sebagai PM dengan segera;

5. Jika beliau enggan meletakkan jawatan, YDPA mempunyai kuasa untuk melucutkan jawatan beliau sebagai PM (Kes Nizar v. Dr Zambry);

6. Mana-mana parti berhak untuk mempersembahkan calon (atau calon-calon) yang sesuai kepada YDPA untuk diangkat sebagai PM yang baru;

7. Perdana Menteri mestilah seorang ahli Dewan Rakyat (Art 43(2) FC). Ahli Dewan Negara tidak boleh menjadi PM;

8. Setelah nama-nama calon PM yang baru dipersembahkan kepada YDPA, Baginda mempunyai hak untuk melantik seorang calon dari mana-mana ahli Dewan Rakyat yang Baginda fikirkan mendapat sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat untuk menjadi PM yang baru (Art 43(2) FC);

9. Jika ada lebih dari satu calon PM, adakah keputusan YDPA itu boleh disemak di Mahkamah jika PM yang dilantik oleh Baginda itu tidak menepati kehendak mana-mana parti? Jawapannya tidak boleh. (Art 40(2)(a) FC)

10. Tetapi menjadi “amalan” bahawa YDPA akan mempertimbangkan calon PM berdasarkan nama-nama yang dicalonkan oleh parti masing-masing.
Wallahu a’lam.

MOHD FITRI ASMUNI