Selepas Idris Ahmad, bekas menteri agama pula meriahkan grup FB ‘Suami Masak Apa Hari Ini’

Selepas Idris Ahmad, bekas menteri agama pula meriahkan grup FB  ‘Suami Masak Apa Hari Ini’

Terima kasih terima saya untuk masuk group ni. Hari ni nak kongsi resepi sambal Nasik Lemok Ikang Aye.

Istimewanya sambal Nasik Lemok Ikang Aye ni, mesti ada ikang aye (ikan tongkol). Kemudian bawang merah, bawang putih, asam keping, gula melaka, asam jawa, belacan, garam, daun pandan, cili boh.

Kukus ikang aye, lapik dengan daun pisang dan tutup daun pandan. Blend bawang merah, bawang putih, belacan, cili boh dengan air asam jawa. Tumis bahan-bahan ni sampai pecah minyak. Masuk daun pandan, asam keping, gula melaka, garam, gula dan perasa sikit. Masak sampai betul-betul pekat, pecah minyak, kemudian baru masuk ikang aye.

Hidup rumahtangga ni kena saling bantu membantu suami isteri. Kerja rumah itu bukan kewajipan isteri tapi atas sifat ihsannya dan kasih sayang yang Allah kurniakan kepada isteri, isteri buat kebanyakan urusan tu.

Justeru, untuk bahagiakan isteri antaranya kita niat belajar memasak walaupun sikit. Insya-Allah berpahala. Bagus ada group macam ni. Sama-sama belajar masakan semua bangsa. Kita ringankan tugas isteri dan…biasanya kalau suami masak, kadang-kadang lagi sedap dari isteri masak!

Sumber – FB Suami Masak Apa Hari Ini