Selepas isteri DDNK, Mat Sabu pula bakal heret 2 ‘facebooker’ ke mahkamah

Selepas isteri DDNK, Mat Sabu pula bakal heret 2 ‘facebooker’ ke mahkamah

Sejak beberapa minggu lalu, hangat diperkatakan mengenai majlis perkahwinan pengurus kewangan bertauliah dan penganalisis ekonomi, Datuk Dr Mohd Nazri Khan (DDNK) bersama pasangannya, Datin Nor Ernie Rossmerie.

Susulan perkahwinannya itu, banyak dakwaan tak sedap didengar  mengenai isteri DDNK yang dikenali sebagai Ernie didakwa menjadi punca perceraian pakar saham itu dengan isteri pertamanya dikenali sebagai Hasmawatie.

Terbaru, perkongsian Ernie menjadi perhatian meluahkan rasa kecewa apabila ada individu yang menyebarkan fitnah mendakwa dirinya adalah wanita yang bergambar dengan ahli politik, YB Haji Mohamad Sabu.

Menerusi hantaran tersebut, individu berkenaan bertanyakan adakah wanita bersama Mat Sabu itu adalah isteri DNNK serta turut menyindirnya sebagai peyondol.

Susulan fitnah tersebut, Ernie tampil membuat laporan polis kerana fitnah tersebut memalukan dirinya dan suami serta akan merujuk kepada pihak undang-undang untuk menyaman individu itu.

Bagaimanapun, dua individu dipercayai menyebar fitnah tersebut telah pun memuat naik status permohonan maaf di atas tindakan mereka yang menyebarkan perkara tidak sahih serta mengakui kesilapan mereka.

Sumber – RotiKaya