Selepas kantoi kisah membantu PN jadi PM selepas PRU-15, Azhar Harun bakal ‘dipecat’ pada sesi pembukaan pertama sidang Parlimen

Selepas kantoi kisah membantu PN jadi PM selepas PRU-15, Azhar Harun bakal ‘dipecat’ pada sesi pembukaan pertama sidang Parlimen

Pemilihan Speaker bagi penggal Parlimen baharu menjadi agenda utama apabila Dewan Rakyat bersidang selama dua hari bermula 19 Disember ini.

Menurut surat jemputan dihantar kepada Ahli Parlimen hari ini, aturan mesyuarat pertama adalah pemilihan Yang Dipertua Dewan Rakyat, lapor Berita Harian.

Ini kemudian diikuti sesi angkat sumpah oleh Ahli Parlimen yang menang dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan pemilihan Timbalan Speaker.

Mesyuarat juga dijangka sesi pengundian undi percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat.