Selepas kecoh isu beli kapal layar mewah hasil duit haram, timbul pula tuduhan baru buat Black tertekan

Selepas kecoh isu beli kapal layar mewah hasil duit haram, timbul pula tuduhan baru buat Black tertekan

 

Dituduh bertubi-tubi hidup mewah hasil penggubahan wang haram, Black Hanifah memberitahu ia mula memberi kesan kepada kesihatan mentalnya sehingga mengalami serangan gangguan kebimbangan (anxiety).

Tekanan turut memuncak apabila turut berdepan dengan masalah pengurusan dalam perniagaan sehingga tak dapat melelapkan mata.

“Apa yang keluar ini semua jadi punca… saya penat buat kerja, ada pula cerita macam ini.

“Tambah lagi ada seorang kaki tangan vila di Langkawi terlibat dengan kemalangan. Jadi saya bertambah tertekan.

“Saya tak tidur seharian semalam dan sebab itu dapat serangan anxiety,” katanya kepada mStar.

Black sebelum itu berkongsi video dia pergi mendapatkan nasihat doktor di sebuah pusat perubatan di Shah Alam berhubung masalah dihadapinya itu.

Tambahnya atas nasihat doktor dia diminta mengambil ubat untuk mengawal masalah tekanan yang sedang dihadapinya.

Bagaimanapun Black memilih untuk berehat dan enggan berfikir masalah yang sedang melanda dirinya.

“Saya tidak mahu bergantung kepada ubat. Jadi saya pilih jalan untuk berehat.

“Doktor pun nasihat untuk saya buat perkara yang disukai,” ujarnya.

Sebelum ini timbul gosip mendakwa Black memiliki sebuah kapal layar mewah hasil penggubahan wang haram.

Tidak berhenti di situ, Black juga didakwa sudah membeli villa mewah di Langkawi.

Menyangkal tuduhan jahat itu, Black sebaliknya memberitahu apa dimiliki hari ini adalah hasil titik peluhnya sendiri.

Susulan dakwaan tersebut Black nampaknya mengamuk dan mempersoalkan bila masa pula pihak yang mengeluarkan kenyataan berkenaan call untuk dapat pengesahan daripadanya?