Selepas kecoh Najib merajuk tolak tawaran tanah dan rumah RM100 juta, tampil blogger otai UMNO dedah kisah hidup PM pertama

Selepas kecoh Najib merajuk tolak tawaran tanah dan rumah RM100 juta, tampil blogger otai UMNO dedah kisah hidup PM pertama

Cara dulu-dulu memberi rumah dan tanah kerajaan kepada mantan Perdana Menteri.

Salepas bersara dari jawatan Perdana Menteri. Almarhum Tunku Abd Rahman berpindah ke Jeddah kerana di lantik menjadi Setiausaha Agung OIC – Pertubuhan Kerjasama Negara Islam yang di tubuhkan atas inisiatifnya.

2. Berapa lama beliau tinggal di sana. Jika mengikut penceritaan Almarhum Tun Mustapha Harun mantan Ketua Menteri Sabah. Beliau ada melawat Tunku. Dan amat sedih melihat Tunku tidak berwang.

3. Tunku tidak membuat sebarang perniagaan berharap menerusi wang pencennya sahaja. Tun Mustapha Harun telah memberikan bantuan kewangan untuk sara hidupnya.

4. Satelah tamat tempuhnya Tunku bertugas di Jeddah, Tunku balik ke Malaysia. Beliau menetap di Pulau Pinang di sebuah rumah warisan keluarga di raja Kedah.

5. Beliau jarang ke Kuala Lumpur. Jika ada urusan pun beliau tinggal di Hotel.Apabila perkara ini di ketahui oleh Almarhum Tun Razak Hussein, Perdana Menteri yang mengantikan Tunku. Beliau mencadangkan supaya Tunku diberikan rumah Kerajaan.

6. Tunku Abd Rahman tidak tahu menahu rumah yang hendak di berikan oleh Kerajaan dan tidak memilih tanah dan tempat di mana.

7. Maka Tunku di berikan sebuah rumah Kerajaan di persimpangan jalan masuk ke Bukit Kenny dan kemudian bertukar nama ke Bukit Tunku dengan Jalan Sweetenham berdepan dengan pejabat Jabatan Pertanian.

8. Jika Tunku tahu rumah itu untuk berapa tahun salepas Merdeka diduduki oleh Almarhum Aziz Ishak selaku Menteri Pertanian. Kamudian penentang Tunku, saya rasa dia pasti menolaknya. Tetapi tidak, Tunku menerima pemberian Kerajaan itu.

9. Pemberian rumah Kerajaan itu di sokong oleh rakyat. Di rumah itulah jenazah Tunku untuk seketika di tempatkan sebaik sahaja wafat dari Hospital, sebelum di terbangkan ke Alor Star.

10. Tulisan ini hanya pengkisahan sejarah. Pemberian rumah kerajaan kepada bekas Perdana Menteri yang tidak punya sebarang harta dan rumah di lakukan sebelum ada termuat dalam Akta Saraan Perdana Menteri.

11. Kerana tanah rumah Kerajaan itu agak luas. Tunku telah meminta sumbangan dari kawan-kawan membuatkan sebuah rumah kayu di sebelah rumahnya sebagai pejabat.

12. Begitulah nasib seorang bekas Perdana Menteri dan Presiden UMNO. Semasa permulaan perjuangan dalam UMNO, beliau berkorban dari hidup mewah sebagai anak raja. Menjual berapa harta demi membiayai perjuangan UMNO.

13. Yang hari ini cuba membela dirinya tidak bersalah dalam soal dapat tanah dan pembinaan rumah bernilai 100 juta. Apa pengorbanan kepada UMNO?.. Ada hartanah dijual? Kerana kepentingan UMNO.

14. Malah satelah serbuan polis, baru di ketahui berapa juta wang di rumahnya.. Dan berapa juta harga barang mewah terdapat dalam rumahnya.

Maka berjiwa besarlah saperti Dr Mahathir Mohamad menolak pemberian tanah dan rumah kerajaan kerana beliau dan keluarganya mampu membeli rumah sendiri. 100 juta banyak jumlahnya, bukan 100 ribu. -zmy

Sang Kelembai
Nov 19, 2021
Kuala Lumpur.