Selepas kerajaan fitnah Veveonah, PM pujuk dengan makan malam

Selepas kerajaan fitnah Veveonah, PM pujuk dengan makan malam

Selepas gagal menguruskan isu talian internet yang didedahkan Veveonah semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu, pelbagai tindakan bagi memperbetulkan keadaan

Pada 3 Sept lepas, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Zahidi Zainul Abidin ketika menjawab soalan tambahan di Dewan Negara mengenai Veveonah telah mencetuskan polemic apabila mendakwa pelajar terbabit menipu demi meraih tontonan warga maya sebagai ‘youtuber’.

Menyedari akan kegagalan kerajaan dalam menangani isu tersebut dan tindakan memfitnah Veveonah berkenaan peperiksaan yang didudukinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil langkah memujuk Veveonah dengan jemputan makan malam bersamanya.

Keadaan ini memperlihatkan kelemahan kerajaan dan kata putus bagi menangani masalah tersebut masih belum dapat dipastikan selain permohonan maaf daripada Khairy Jamaluddin sebelum ini.

Isu Veveonah menjadi perhatian ramai pihak berikutan Pilihan Raya Negeri Sabah yang sedang dalam fasa kempen ketika ini.

negaramerdeka