Selepas kesemua menolak, akhirnya vaksin Covid-19 Israel menjadi milik Korea Selatan
Israel semalam bersetuju memberikan kira-kira 700,000 dos vaksin Pfizer-BioNTech yang akan tamat tempoh kepada Korea Selatan, lapor akhbar Haaretz memetik Perdana Menterinya, Naftali Bennett.
Katanya, penghantaran dos itu akan bermula bulan ini dan sebagai sebahagian daripada perjanjian, Israel akan menerima jumlah sama dos vaksin Pfizer yang ditempah Seoul pada September serta Oktober ini.
Jurucakap Kementerian Kesihatan Korea Selatan enggan mengulas laporan itu.
Korea Selatan mengagihkan vaksin Covid-19 yang dimilikinya dengan segera, tetapi bergelut untuk mendapatkan dos mencukupi tepat pada masanya ketika bekalan global sangat terhad, khasnya di Asia.
Minggu lalu, Seoul berkata, ia berharap dapat mencapai imuniti kelompok lebih awal daripada sasaran pada November ini, dengan memberikan minimum satu dos vaksin kepada sekurang-kurangnya 70% populasinya, kebanyakannya vaksin jenis mRNA yang tidak mengandungi virus hidup seperti Pfizer.
Sumber – FMT