Selepas kurus, Rina berasa lebih muda

Selepas kurus, Rina berasa lebih muda

Tular dimedia sosial semalam ucapan semangat buat pelajar yang sedang menghadapi peperiksaan SPM oleh Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Datuk Seri Rina Harun.

Namun yang menjadi tumpuan adalah kata ganti nama yang digunakannya ketika membuat ucapan tersebut. Rina menggelarkan dirinya kakak dan menganggap para pelajar tersebut seperti adik-adiknya.

Ianya jauh berbeza dengan ucapan serupa yang dibuat oleh bekas Menteri Pendidikan zaman PH dahulu, Dr Maszlee Malik menggelarkan dirinya pakcik dan menganggap para pelajar itu umpama anak-anaknya.

Hasil carian pantas, terdedah perbezaan umur kedua-duanya dimana Dr Maszlee yang lahir pada tahun 1974 muda setahun daripada Rina yang lahir pada tahun 1973.

Ucapan Rina tersebut akhirnya mengundang bahan lelucon dikalangan netizen. Ramai yang secara melawak mengusik kemungkinan Rina merasakan dirinya seolah-olah masih berumur sekitar 20an selepas menjalani pembedahan mencantikkan tubuh badan seperti yang tular baru-baru ini.