Selepas lagu Alamak Raya Lagi, lagu ‘Bea Sobar Bea’ pula mendunia sampai ke Itali

Selepas lagu Alamak Raya Lagi, lagu ‘Bea Sobar Bea’ pula mendunia sampai ke Itali

 

Siapa sangka lagu ‘Cinta Setandan Pisang’ yang dinyanyikan Eda Edzrin dan Den Manjo digunakan laman rasmi TikTok pasukan gergasi Itali, Juventus.

Melalui video yang dimuat naik itu menyaksikan Dusan Vlaholic cemerlang menjaringkan gol melalui tandukan padunya.

“Jangan risau admin setia orangnya. 143 Juventus forever,” tulis pentadbir laman TikTok berkenaan.

Rata-rata penyokong Juventus terhibur dengan lagu yang yang popular dengan lirik ‘Bea Sobar Bea’ ciptaan komposer Eddie Hamid dan lirik dihasilkan oleh Mama Ana dan Fadhil Turbo.

Video berkenaan mendapat sebanyak 16,800 tanda suka dengan 444 komen.

Seperti maksud di sebalik lagu tersebut yang menuntut kesetiaan maka Juventus menggunakan lagu itu untuk menjelaskan bahawa mereka juga memiliki penyokong yang setia bersama pasukan tidak mengira ketika bergelar juara Serie A ataupun tidak.

Untuk rekod, kali terakhir Juventus menjadi juara Liga Serie A adalah pada edisi 2019/2020 dan musim ini pula menyaksikan pasukan Inter Milan muncul juara liga dengan Juventus berada di tangga ke ketiga dalam liga.