Selepas melaporkan penemuan ular sawa, adik Haziq diberi peluang menjadi wartawan oleh Astro

Selepas melaporkan penemuan ular sawa, adik Haziq diberi peluang menjadi wartawan oleh Astro

Wargamaya digemparkan dengan sebuah video tular mengisahkan penemuan ular sawa besar di sebuah pasar basah Bukit Selambau yang terletak di negeri Kedah.

Apa yang mencuri tumpuan wargamaya ialah melihat kepetahan seorang budak cilik yang berlagak seolah-olah seorang wartawan profesional melaporkan kejadian tersebut melalui FB ‘LIVE’.

Video yang dimuatnaik oleh laman FB Sinar itu menerima tontonan yang tinggi oleh pengguna media sosial.

Hari ini, pihak Astro berbesar hati memberi peluang kepada adik Haziq menjadi wartawan sebenar. Walaupun sekejap, gelagat bersahaja adik Haziq mendapat komen yang positif daripada wargamaya.

.
Rata-rata pengguna media sosial tersebut memuji keletah hebat adik Haziq sambil mendoakannya berjaya mencapai cita-cita menjadi seorang chef satu hari nanti.