Selepas menang di PRN Padang Serai, Muhyiddin semakin berani tuduh Agong berkomplot memilih kerajaan yang tidak disokong rakyat

Selepas menang di PRN Padang Serai, Muhyiddin semakin berani tuduh Agong berkomplot memilih kerajaan yang tidak disokong rakyat

Kemenangan besar Perikatan Nasional (PN) di kerusi Parlimen Padang Serai dan kekalahan tipis di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman tanda positif sokongan padu rakyat.

Memetik Berita Harian, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata keputusan kerusi Parlimen dan DUN itu menunjukkan rakyat tidak teruja dengan gabungan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

Katanya, majoriti BN merosot hampir separuh di Tioman dan majoriti PN di Padang Serai dua kali ganda majoriti yang dimenangi oleh PH dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Ini bukti rakyat tidak mempercayai gabungan PH dan BN. Mereka tidak yakin dengan kemampuan kerajaan campuran yang diterajui oleh PH ini untuk mentadbir negara.

“Kecewa dengan penipuan pemimpin PH dan BN semasa kempen PRU15, ramai penyokong kedua-kedua parti ini beralih arah menyokong PN,” katanya di media sosial hari ini.

Dengan kemenangan PN di Padang Besar, jumlah kerusi keseluruhan dikuasai gabungan itu kini meningkat kepada 74 daripada 73 sebelum ini manakala PH kekal dengan 82 dan BN 30 kerusi.

Mengulas kemenangan PN di Padang Serai, Muhyiddin mendakwa, PH dan BN melakukan ‘the biggest electoral fraud ever’ (penipuan pilihan raya terbesar) pada PRU15.

Muhyiddin mengucapkan terima kasih kepada pengundi di Padang Serai dan Tioman yang memilih Perikatan Nasional.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Cikgu Azman Nasrudin atas kemenangan cemerlang beliau di Padang Serai.

“Kepada calon PN di Tioman, Puan Nuridayu Hashim, teruskan perjuangan anda bersama PN. Kita berada di landasan yang benar.

“Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh jentera pilihan raya PN di Padang Serai dan Tioman atas komitmen dan kerja keras anda semua sepanjang tempoh berkempen,” katanya.