Selepas muncul dalam The Glory, babak ‘panas’ Im Jiyeon tahun 2014 kembali tular

Selepas muncul dalam The Glory, babak ‘panas’ Im Jiyeon tahun 2014 kembali tular

 

Nampaknya Im Ji-yeon berjaya memadam kontroversi mengenai kemahiran lakonan dan gelaran ‘babak ranjang’ dari namanya selepas muncul dalam “The Glory”.

Kalau anda nak tahu, pelakon wanita ini hanya diingati kerana wataknya yang seksual dalam naskhah “Obsessed” dan “The Treacherous”. Malah namanya sering dikaitkan dengan perkataan ‘babak ranjang’ dan ‘lakonan kaku’ sahaja selepas itu.

im jiyeon

Meskipun cuba membawa watak yang lebih ceria menerusi drama “High Society” selepas itu tetapi ianya gagal untuk ‘membasuh’ tohmahan itu.

Pun begitu, Im Ji-yeon berjaya membuktikan bakat lakonan yang berkualiti sebagai antagonis bernama Park Yeon-jin di dalam “The Glory”. Malah penonton meluahkan rasa sebal apabila wanita itu berjaya memaparkan karakter yang menjengkelkan apabila ekspresi wajahnya menonjolkan bahawa dia merupakan seorang pembuli yang tak menyesali perbuatan hina itu meskipun sudah menginjak dewasa.

im jiyeon

Dalam pada itu, Im Ji-yeon turut sempat memaparkan bakatnya dalam bahagian kedua “Money Heist Korea – Joint Economic Area” dengan watak Seoul pada hujung tahun lalu.

Apa kata korang?