Selepas pemergian Mael, ini sejarah lengkap XPDC yang perlu diketahui rockers tanahair

Selepas pemergian Mael, ini sejarah lengkap XPDC yang perlu diketahui rockers tanahair

 

Kumpulan XPDC.

XPDC atau band edy badrie band ialah sebuah kugiran muzik Malaysia yang ditubuhkan oleh J.S.

Kevin, penulis lirik semenjak dekad 1990-an. Kugiran ini sering bersilih ganti melalui barisan mereka termasuk vokal, dram dan bass (kecuali gitar).

Semenjak dibentuk pada tahun 1989, kugiran ini telah menghasilkan 7 album studio yang terjual termasuk album studionya, Brutal yang berjaya terjual melebihi 350,000 unit pada tahun 1997, berpuluh-puluh lagu yang disambut hangat di corong radio sehingga mereka berjaya mengadakan sebuah konsert berskala besar dan malam rakaman yang berjudul Konsert Raksasa XPDC Brutal Stadium Negara yang berlangsung pada bulan April 1998 di Stadium Negara, Kuala Lumpur telah mencatat sejarah kegemilangan mereka yang tersendiri apabila ramai pihak dan peminat menobatkan XPDC sebagai Metallica Malaysia secara impak selepas era kegemilangan kugiran Search dan Wings sebelum kegiatan mereka berpecah belah menjadi dua kugiran yang berbeza pada hari ini dikenali sebagai XPDC Kita Peng Yu yang diketuai oleh Mael manakala XPDC Militia yang diketuai oleh Izo akibat masalah dalaman yang melibatkan pertengkaran antara Mael dan Izo di mana mengikut sumber daripada pihak Life Records sepatutnya XPDC kembali merakamkan album terbaharu.

Sejarah

1985–1990: Era Tragedy (Sebelum kewujudan XPDC)

Pada asalnya, kugiran Tragedy telah ditubuhkan pada tahun 1985 di Pantai Dalam, Kuala Lumpur oleh vokalisnya dan gitaristnya, Mael yang berasal dari Muar, Johor dan Izo (gitar – asal Kelantan,) Mereka berdua berjaya mendapatkan tiga orang pemuzik untuk diserapkan ke dalam kugiran tersebut iaitu Yazid (dram – asal Johor) dan Man Tobey (bass).

Mereka kemudiannya aktif membuat persembahan di beberapa tempat, terutamanya di funfair.

Disebabkan mereka sering membuat persembahan di funfair, maka mereka telah digelar sebagai Raja Funfair oleh para peminat.

Namun, perjalanan karier mereka sebagai kugiran tidak semudah yang disangkakan.

Pada suatu hari, mereka telah ditipu oleh pihak penganjur yang tidak membayar duit kepada mereka dalam satu persembahan yang diadakan di Pulau Langkawi, Kedah.

Ini telah menyebabkan mereka terkandas di sana kerana tidak cukup wang untuk pulang ke Kuala Lumpur.

Pada tahun 1988, perpecahan melanda kumpulan ini apabila dua orang anggotanya iaitu Yazid dan Man Tobey menarik diri.

Tempat mereka kemudiannya digantikan oleh Zuar (bass) dan Lee Space (dram). Ketika Zuar dan Lee Space menyertai Tragedy, di sebalik tragedi yang melanda, nasib mereka akhirnya berubah apabila bertemu dengan seorang komposer terkenal bernama Zul Adnan bin Mohd Razali yang lebih dikenali sebagai J.S. Kevin.

Pada ketika itu, J.S. Kevin datang ke Langkawi bersama kugiran Bumi Putra Rockers (BPR) di mana BPR turut mengadakan persembahan yang disertai kugiran Tragedy.

Pertemuan inilah yang menjadi titik tolak kepada penukaran nama Tragedy kepada XPDC.

Pada mulanya, mereka tidak bersetuju dengan nama tersebut kerana mereka menyangkakan bahawa nama baharu tersebut dieja penuh sebagai Ekspedisi yang tidak begitu unik.

Namun apabila J.S. Kevin menulis nama tersebut dengan ejaan mengikut bunyi huruf iaitu XPDC, mereka agak terkejut dan pada masa yang sama kagum dengan idea kreatif yang dicurahkan oleh J.S. Kevin.

Di sinilah mereka menyedari bahawa JS Kevin adalah bukan calang calang insan kerana mampu menciptakan jalan baru untuk mereka dan mereka dengan rela hati meninggalkan jenama Tragedy (yang sememangnya negatif) kepada XPDC (yang lebih progresif).

1990-1997 : JS Kevin serta penciptaan XPDC

Mereka telah pulang ke ibu negara, Kuala Lumpur, XPDC telah mengikat kontrak sebagai artis rakaman oleh Life Records seterusnya memulakan sesi rakaman untuk album pertama mereka.

Namun, mereka cuma sempat menyiapkan 50% proses rakaman album studio pertama mereka telah selesai dengan bantuan dua pemuzik undangan iaitu Yan Lefthanded (bass) dan Amy Handy Black (dram).

Album studio pertama XPDC, Darjah Satu telah melonjakkan nama mereka di persada muzik tanah air dengan lagu hitnya, C.I.N.T.A. ciptaan JS Kevin.

Namun di kala mereka mula mendapat tempat dalam hati peminat, Lee Space (dram) telah mengambil keputusan untuk meninggalkan daripada kumpulan ini.

Tempat Lee Space kemudiannya digantikan oleh Amy, bekas anggota Kumpulan Handy Black yang turut telibat dalam pembikinan album Darjah Satu sebagai pemuzik undangan.

1997-kini : Pertukaran Vokalis & Perkembangan Terkini

Pengunduran Mael penyanyi utamanya telah mengundang kontroversi yang paling hebat. Rata-rata peminat dan penggiat seni menjangkakan kumpulan XPDC ini akan berkubur.

Lebih uniknya album Brutal yang dipasarkan pada tahun 1997 (album terakhir Mael bersama XPDC) telah terjual melebihi 350,000 unit. Ia satu pencapaian jualan album yang terbaik XPDC sehingga kini.

Ketiadaan Mael memberi ruang kepada Ali (bekas penyanyi Terra Rossa). Ali telah mula menggantikan Mael untuk persembahan pentas pada sekitar tahun 1997 tidak lama selepas album Brutal dikeluarkan dan dipasarkan.

Kedatangan Ali sedikit sebanyak telah meningkatkan kerancakan sokongan terhadap XPDC kerana beliau secara tidak langsung telah bersama-sama mempromosikan album Brutal dan selepas itu secara tidak langsung juga meningkatkan jualan album Brutal.

Sementara itu,Mael terpaksa meninggalkan XPDC atas sebab-sebab dalaman.

XPDC menggunakan Ali sebagai penyanyi dan kemasukan Ali berjaya menyelamatkan XPDC yang ketika itu hampir jatuh dengan ketiadaan Mael.

Amy pula terlibat dalam satu kemalangan jalanraya menyebabkan kaki beliau mengalami kecederaan serius.

Lola yang ditemui oleh XPDC bersetuju menjadi pengganti Amy buat sementara.

Konsert berskala besar dan malam rakaman yang berjudul Konsert XPDC Brutal yang dianggotai oleh Ali, Izo, Zua dan Lola berlangsung pada bulan April 1998 di Stadium Negara Kuala Lumpur telah mencatat sejarah kegemilangan mereka yang tersendiri apabila ramai pihak dan peminat menobatkan XPDC adalah kumpulan rock No. 1 Malaysia secara impak selepas era kegemilangan Search dan Wings.

XPDC juga dikenali sebagai Big 3 metal Malaysia pada ketika itu selain Cromok, FTG dan vokal garau Ali yang bertenaga sambil diiringi aksi ‘Head Banging’ ala “Helicopter” telah mencuri ramai perhatian dan keterujaan para peminat yang dilihat seperti kumpulan Metallica.

Ada peminat yang berpendapat belum ada lagi penyanyi rock yang mampu melakukan aksi ‘Head Banging’ seperti yang dilakukan oleh Ali.

Inilah satu keistimewaan dan kelebihan Ali yang berjaya menarik perhatian para peminat dan berbagai pihak. Ali bersama XPDC semakin popular dengan perhatian aksi ‘Head Banging’. Aksi ‘Head Banging’ Ali juga sesuai dikatakan dengan judul ‘Brutal’.

Selain itu, kebolehan vokal Ali yang garau dan tinggi telah menjadi faktor penting survival kumpulan XPDC pada ketika itu.

Seumpama sebuah revolusi heavy metal (Tema Mael) kepada Thrash(Tema Ali), sekaligus menambahkan kreativiti dan membina identiti yang lebih besar kepada nama XPDC.

Konsert berskala besar(1998)ini juga adalah yang terbaik bagi XPDC yang ditonton hampir 20, 000 penonton selain ia dikatakan XPDC kumpulan no. 1 Malaysia serta mengeluarkan dalam bentuk CD dan VCD dipasaran.

Tahun yang sama (1998) album studio pertama Ali sebagai penyanyi XPDC telah dipasarkan berjudul Samurai.

Album studio pertama tanpa perjuangan Mael. Album tersebut berjaya terjual lebih 200,000 ribu unit.

Satu pencapaian mengejutkan apabila Ali berjaya menaikkan nama dan mengecapi kegemilangan XPDC walaupun masih ada lagi sebahagian peminat setia mengkritik kumpulan ini tentang ketiadaan Mael.

Walaupun demikian, tidak dinafikan, masih ramai peminat XPDC yang menghargai usaha dan jasa Ali sehinggakan begitu ramai yang mengikut ‘Trend’ rambut cukur tepi Ali. XPDC semakin sibuk seterusnya mengeluarkan klip video album Samurai.

XPDC yang telah digelar sebagai kumpulan rock no. 1 Malaysia sering menjadi perhatian dari banyak pihak media hiburan dan publisiti serta mendapat populariti aksi ‘Head Banging’ Ini Sekaligus membuktikan sokongan peminat kepada XPDC tidak pernah luntur bahkan meningkat kuantitinya.

Persembahan di pentas mereka juga sering dibanjiri dengan puluhan ribu penonton.

Pada awal tahun 1999 Norman KRU telah menjadi penganjur untuk konsert yang dinamakan Konsert Gergasi Berentap Search Vs XPDC yang diadakan dua malam berturut – turut di Stadium Negara Kuala Lumpur.

Ternyata Search yang popular lagu Nur Nilam Sari dan tidak lagi diwakili oleh XPDC tetap merasa merendah diri terhadap Search yang lebih senior dan berpengalaman berbanding XPDC dalam industri muzik.

Personaliti mereka amat dipuji dan peminat menerima mereka seadanya serta menyayangi mereka.

Amy yang mengalami kecelakaan jalanraya tidak berupaya memainkan lagu – lagu rancak lagi telah diganti sementara oleh Lola. Setahun selepas itu Lola secara rasmi menggangotai XPDC apabila Amy mengambil keputusan untuk mengundurkan diri.

XPDC dibawah pengurusan baru di bawah Ahmad Nazri Haji Abdul Rahman bersama penyanyi mereka Ali, telah membina sebuah studio jamming dan latihan serta pejabat pengurusan XPDC di Taman Bukit Mewah, Kajang Selangor.

Pemain gitar bass XPDC Zuar mengundur diri kerana ingin membawa haluannya sendiri dengan menubuhkan Viper.

Hasrat Zuar untuk merakamkan album dan menyumbangkan vokal tercapai. Yan (Lefthanded) menggantikan tempat Zua sebagai pemain gitar bass kumpulan XPDC.

Beliau bukanlah orang baharu bersama XPDC sebaliknya turut berperanan menaikkan nama XPDC di belakang tabir sejak album Darjah Satu sebagai sessionist.

Namun setelah beberapa lama, penghujung tahun 2003 Lola pula mengundur diri daripada XPDC untuk menyertai Search dan tempatnya diambil alih oleh Pae (bekas pemain dram Barongan.) Namun Lola juga tidak lama dengan Search kerana akhirnya Yazid (Search) kembali bersama Search pada tahun 2005.

Sumber – FB ROCK Dulu-Dulu