Selepas penceramah tanpa tauliah, negeri Selangor bertindak makin rakus umum sekat imam dari luar
Tindakan melarang dan menyekat imam luar negara untuk menjadi imam solat tarawih yang dikenakan di masjid dan surau Selangor adalah untuk memberi laluan sepenuhnya kepada rakyat tempatan.
Memetik Kosmo!Online, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, ini termasuk imam-imam, para asatizah, graduan dan pelajar-pelajar tahfiz tempatan yang menguasai aspek-aspek al-Quran dengan baik dan mempunyai ilmu pengetahuan Fiqah sebagai imam.
“Ketetapan dibuat sebagai usaha menyediakan imam-imam pelapis untuk mengisi kekosongan di masjid dan surau di negeri ini pada masa hadapan.
“Selain itu, ia adalah keputusan yang telah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sejak tahun 2015,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Mohd. Shahzihan menjelaskan, keputusan ia juga bertujuan mengatasi wujudnya segelintir pihak yang menawarkan imam solat tarawih dari luar negara dengan kadar bayaran tertentu, sekali gus menyebabkan peminggiran imam sedia ada, imam tempatan dan para huffaz di negeri ini.
“Ada juga situasi apabila kehadiran imam luar negara menimbulkan beberapa isu melibatkan perbezaan mazhab dalam pelaksanaan solat dan mengambil kesempatan mengutip derma.
“Kesemua itu dilakukan tanpa mendapat kebenaran dibawah Seksyen 106 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 Pindaan 2016,” ujarnya.