Selepas Pulau Batu Puteh, rakyat Johor juga perlu desak MB hukum pengkhianat yang bagi Singapura kepada pihak British

Selepas Pulau Batu Puteh, rakyat Johor juga perlu desak MB hukum pengkhianat yang bagi Singapura kepada pihak British

HILANGNYA SINGAPURA

Ada orang mintak saya ulas, macam mana Singapura boleh lepas ke tangan orang lain. Sis cuba bagi rumusan ya…

1. Tahun 1819, anak2 Sultan Johor bergaduh, makanya yang abang benarkan British campur tangan. British iktiraf Abang, Tengku Long sebagai Sultan dengan bagi $5000 kepada Baginda setiap tahun, dengan syarat British boleh masuk gunakan Pelabuhan. Sejak itu masuklah imigran/ pendatang ke Singapura secara besar2an.

2. Tahun 1871, jumlah penduduk berbangsa Cina jadi lebih separuh daripada populasi penduduk Singapura. Melayu jadi minoriti pula.

3. Tahun 1823, Sultan Johor lepaskan hak pentadbiran sepenuhnya kepada British dengan bayaran $1500 sebulan, perlu dibayar sepanjang Baginda hidup. Tahun 1824, melalui Perjanjian Crawford, Singapore diserahkan selamanya kepada British oleh Sultan.

Makanya, hilang kuasa Sultan Melayu ke atas Singapura. Tergadai la Singapura kepada bangsa asing dengan balasan bayaran seumur hidup kepada Sultan.

Ini diambil daripada catatan sejarah melalui link Wikipedia, catatan UM dan link lain yang berkaitan.

https://en.m.wikipedia.org/wiki/History_of_Singapore/

https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Perjanjian_2_Ogos_1824/

https://ejournal.um.edu.my/index.php/SEJARAH/article/download/9269/6572/18886/

https://pekhabar.com/h-i-d-s-perjanjian-persahabatan-e-i-c-johor/amp/

SHTI di Singapura Secara Rasmi

Yang dicanang pada kita, Melayu hilang kuasa di Singapura kerana ditindas PAP dan Lee Kuan Yew. Padahal sejak kurun ke 19 lagi orang Cina dah jadi majoriti penduduk di sana. Siapa yang lepaskan kita kena rujuk sejarah.

La ni, geng2 UMNO dok nak bangkit cerita pasal Pulau Batu Putih. Padahal kita kalah di ICJ kerana kita sendiri lepaskan haknya dan biarkan Singapura bertapak di atasnya.

Nak merayu pun dah tak guna. Masanya pun dah tamat. Buat habis boreh saja.

 

Salam hormat,
Liyana Marzuki