Selepas Sajat, polis berdepan ujian buru Safiey Illias pula

Selepas Sajat, polis berdepan ujian buru Safiey Illias pula

Polis sedang mengesan pemilik akaun Instagram dikenali sebagai “safieyillias94” dan “pipinatasha” yang disyaki melakukan komunikasi lucah dan amang seksual melibatkan kanak-kanak di bawah umur.

Ketua Polis Daerah Kajang Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada seorang pensyarah sebuah universiti awam yang melihat pautan Instagram secara langsung atas penama dengan kedua-dua mereka berpakaian secara menjolok mata.

Selain itu beliau berkata, kedua-dua hos berkenaan juga menunjukkan aksi penggunaan rokok elektronik (vape) kepada kanak-kanak terbabit.

“Sesiapa yang mempunyai apa-apa maklumat berkenaan kejadian atau suspek boleh menghubungi mana-mana balai polis atau pegawai penyiasat kes.

“Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 12 (1) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/06/10/polis-buru-dua-pemilik-akaun-instagram-berkomunikasi-lucah-laku-amang-seksual-babit-kanak-kanak/