Selepas Swiss dan Paris, Ebit Lew buka tahun baru dengan percutian memburu Aurora di Iceland

Selepas Swiss dan Paris, Ebit Lew buka tahun baru dengan percutian memburu Aurora di Iceland

Meskipun terpalit dengan kontroversi panas kebelakangan ini, namun pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew dilihat tetap tenang dan gembira meneruskan kehidupannya seperti biasa.

Beberapa bulan yang lalu, Ebit Lew berkongsikan beliau membawa isteri dan anak-anak makan angin ke Switzerland dan Paris.

Nampaknya, ianya tidak terhenti di situ, Terkini, Ebit membawa keluarganya bercuti ke Iceland pula.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, Ebit membawa keluarganya ke Iceland, negara wilayah Artik di Kutub Utara.

Melihatkan foto dikongsikan, Ebit dilihat sangat gembira menghabiskan masa bersama keluarga menikmati keindahan Aurora,

Aurora merupakan fenomena alam berupa cahaya menyala-nyala dan menari-nari di langit malam. Penampakannya begitu indah dan memukau.

Sayangnya, tidak banyak orang yang pernah menikmatinya. Fenomena ini hanya boleh dilihat di negara yang jauh dari garis khatulistiwa.

Perkongsian Ebit itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut mendoakan dipermudahkan perjalanan serta kesejahteraan ketika bercuti.

Bagi pembenci Ebit Lew pula, pastilah sedang kepanasan melihatnya bebas bergerak ke serata dunia tanpa sekatan pihak berkuasa.