Selepas tanggalkan tudung, artis Melayu ini cipta kontroversi baru dedah aset di IG

Selepas tanggalkan tudung, artis Melayu ini cipta kontroversi baru dedah aset di IG

Perkongsian pelakon Emma Maembong menjadi perhatian ramai apabila memuat naik video memakai singlet putih ketat dengan rambutnya dengan tocang panjang berwarna biru.

Seperti sudah dijangka, perkongsian Emma itu mengundang kecaman netizen yang mendakwa pakaiannya agak mencolok mata. Menerusi entri itu, difahamkan Emma kini berada di Seminyak, Bali Indonesia.

Diruangan komen, rata-rata netizen menegur penampilan Emma yang semakin seksi. Malah, ada yang rindukan penampilan Emma yang dulu ketika berhijab.

Meskipun ramai yang mengecam, ada segelintir netizen menitipkan nasihat kepada pelakon itu supaya kembali menutup aurat serta mendapat hidayah.