Selepas tidak dapat sambutan, akhirnya KKM mula wajibkan suntikan ‘booster’

Selepas tidak dapat sambutan, akhirnya KKM mula wajibkan suntikan ‘booster’

Selepas saranan mendapatkan dos penggalak gagal mwndapat sambutan, Menteri Kesihatan akhirnya ‘memaksa’ penerima dos dari kalangan warga emas dan vaksin Sinovac tampil berbuat demikian.

Sebelum ini,dalam kenyataan medianya, Khairy memaklumkan bahawa suntikan penggalak tidak wajib atau mandatori.

“Kita akan offer kepada kumpulan yang kita rasa layak untuk mendapatkannya. Namun tegasnya suntikan dos ketiga berkenaan amat digalakkan dan akan ditawarkan terutamanya bagi kumpulan tertentu yang berisiko tinggi.

Namun dalam kenyataan terkini yang dilaporkan Sinar Harian, Khairy telah mengarahkan semua populasi berusia 60 tahun ke atas dan melengkapkan vaksinasi, tanpa mengira jenis vaksin serta penerima vaksin Sinovac yang berusia 18 tahun ke atas perlu mendapatkan dos penggalak selewat-lewatnya Februari tahun depan.

Menurutnya, mana-mana individu yang gagal mematuhi arahan tersebut, status vaksinasi mereka akan ditukarkan menjadi tidak lengkap.

“Sekiranya kumpulan individu yang dinyatakan masih tidak mendapatkan suntikan dos penggalak selepas bulan Februari 2022, status vaksinasi akan ditukarkan menjadi tidak lengkap,” katanya pada sidang media di Parlimen di sini, pada Khamis.

“Sekiranya kumpulan individu yang dinyatakan masih tidak mendapatkan suntikan dos penggalak selepas bulan Februari 2022, status vaksinasi akan ditukarkan menjadi tidak lengkap,” katanya pada sidang media di Parlimen di sini, pada Khamis.

Sehubungan itu, Khairy memberitahu, Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega akan diwujudkan semula bagi mempercepatkan pelaksanaan program pemberian dos penggalak. Langkah ini akan dimulakan di Lembah Klang.

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan akan mengumumkan lebih banyak negara berisiko tinggi yang akan dimasukkan dalam senarai dalam negara berisiko tinggi dengan terbaharu Nigeria dimasukkan.

Menurutnya, pengembara dari negara-negara itru akan dipakaikan gelang pengawasan digital sepanjang tempoh kuarantin.

“Bagi pengembara yang kembali dari United Kingdom (UK) mesti lakukan ujian pengesanan kendiri setiap hari sepanjang menjalani tempoh kuarantin dan melaporkan keputusan ujian tersebut dalam aplikasi MySejahtera, iaitu tujuh hari bagi yang telah lengkap vaksinasi dan 10 hari bagi yang tidak lengkap vaksinasi,” jelasnya.