Selepas tular berita Annuar Musa bercuti bersama Vincent Tan di Langkawi, giliran Peja bercuti ke Dubai
Banjir besar yang melanda Selangor dijangka tidak akan reda dalam tempoh tetdekat. Hujan lebat masih turun disusuli angin dan ribut kencang menyebabkan usaha-usaha menyelamat tergendala.
Sementara petugas mulai masuk sedikit-demi sedikit bagi menjalankan misi pembersihan pasca banjir, lain pula keadaannya di Pahang, negeri kelahiran PM Ke-6, Najib Razak dan PM Ke-9, Ismail Sabri.
Banjir di sana dilaporkan semakin memburuk, malah menerusi gambar-gambar yang disertakan jelas membuktikan banjir tersebut lebih teruk dan berbahaya.
Bayangkan bangunan rumah kediaman dua tingkat hampir tenggelam sepenuhnya, manakala mangsa pemindahan akibat banjir sudah pun mencecah lebih 50 ribu orang ketika ini.
Disebabkan itu,maka sudah mula kedengaran cakap-cakap kurang enak melibatkan kabinet Ismail Sabru ketika rakyat sedang berdepan musibah buruk ketika ini.
Kehilangan beberapa menteri ketika banjir besar ini menyebabkan kemarahan netizen. Malah lebih berani, mereka mulai menjejaki menteri tersebut seorang demi seorang.
1. Saifudin Abdullah, Menteri Luar yang merupakan Ahli Parlimen Indera Mahkota dikhabarkan hilang akhirnya ditemui di Turki.
2. Annuar Musa, Menteri Komunikasi dan Multimedia antara tulang belakang bagi menyebarkan sebarang berita penting berkaitan banjir ketika ini juga dilaporkan hilang dalam radar ketika banjir besar melumpuhkan pergerakan warga KL dan Selangor. Tular dakwaan dia dikatakan sedang bercuti bersama Taikun Judi, Vincent Tan di Langkawi.
3. Peja, Menteri KBS antara menteri paling baru dikaitkan keluar negara ketika bencana besar melanda rakyat Malaysia. Dia dilaporkan ke Dubai sebelum akan BERSATU dengan ahli keluarganya di Kota London bagi menyambut Kriamas di sana.
4. Tuan Ibrahim Tuan Man, Menteri MEWA yang telah menafikan akan berlakunya perubahan cuaca yang ekstrem di Malaysia sebelum ini juga telah berlepas menunaikan umrah. Mungkin bagi mereka, menunaikan umrah lebih utama daripada menunaikan amanah rakyat terutamanya ketika ditimpa musibah.
Dalam pada itu,netizen mendesak kerajaan melaksanakan polisi mengurung menteri dalam bulan bencana ini. Sekurang-kurangnya, berbaloi rakyat membayar gaji mereka.