Selepas tular foto ‘merisik’, Zara Zya muat naik video sarung cincin dan hantaran

Selepas tular foto ‘merisik’, Zara Zya muat naik video sarung cincin dan hantaran

Baru-baru ini, tular di media sosial satu gambar memperlihatkan pelakon wanita, Zara Zya seakan dirisik seseorang apabila terdapat majlis yang dikatakan berlangsung di kediamannya.

Namun begitu, pemilik nama sebenar Zainurul Razia binti Mohd Zainuddin enggan mengulas lanjut perihal tersebut dan meminta agar orang ramai mendoakan yang terbaik buatnya.

Walau bagaimanapun, menerusi perkongsian terbaru Zara Zya di Instagram, dia seolah-olah memberi bayangan bahawa akan ada majlis melibatkan dirnya apabila berkongsi video hantaran yang digubah dan diletakan di atas dulang.

 

 

Sarung cincin tanda

Pakaian yang digunakan juga sama seperti dirinya di dalam gambar tular sebelum ini. Dia yang tidak meninggalkan sebarang kapsyen hanya meletakkan emoji tanda hati berwarna putih tanpa sebarang keterangan.

Cincin emas dan sewaktu acara sarung cincin juga kelihatan menguatkan dakwaan bahawa dia bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi.

Tahniah Zara Zya!

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengucapkan tahniah kepada pelakon drama Monalisa itu kerana tumpang gembira jika ada khabar baik dari aktres cantik berkenaan.

Mereka juga berharap agar segala urusan Zara Zya dipermudah sehingga hari istimewa itu tiba nanti.

Semoga semua berjalan lancar sehingga hari bahagia

Semoga urusan dipermudah

Faham kenapa Zara buat macam ni