Selepas video lagu raya LGBT, tular pula dakwaan ‘youtuber’ promosi syarikat judi
Negera makin kerap dihidangkan dengan isu kontroversi melibatkan kelompok pempengaruh (influencer) yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan kebelakangan ini.
Sebut sahaja apa kesalahan yang tidak terpalit dengan mereka. Dari isu merogol, membubuh teman wanita sehinggalah terlibat dengan video lagu hari raya LGBT.
Terbaru, timbul dakwaan lebih menggemparkan melibakan seoeang pempengaruh yang baru sahaja dinobatkan sebagai ‘youtuber’ nombor 1 tanahair.
Menurut seorang pengguna media sosial menggunakan nama akaun Haziq AbdurRahim, dia telah memuat naik sebuah hantaran menceritakan isu terbaru melibatkan ‘youtuber’ tersebut.
Tulisnya,
Astaghfirullah … Terima sponsor dan pergi promosi syarikat judi..
Sebagai content creator kena lah tapis dan bertanggungjawab dengan siapa kita terima sebagai sponsor…
Sponsor dari syarikat judi, bulan ramadhan pula tu.. Nauzubillahi min zalik…
Bukan saja isu kita terima duit dan jadi darah daging daripada sumber itu.. channel berpengaruh sebegini juga yang tengoknya orang – orang Melayu Islam. Banyak kanak – kanak pulak tu.
Secara langsung jadi promoter dan enabler judi kepada generasi baru..
Apa perasaan orang – orang Melayu Islam yang dirakam dalam video tu bila muka – muka mereka digunakan sebagai content yang ditaja oleh syarikat judi… Mereka tahu tak?
Allahu Akbar.. besar cabaran content creator sekarang.. 😓
Baru-baru ini, ‘youtuber’ yang sama turut terpalit dengan kejadian melibatkan penganjuran sebuah acara yang menawarkan hadiah berjumlah RM10,000 kepada pemenang sebagai konten terbarunya.
Namun, acara tersebut berdepan kekecohan selepas seorang peserta lelaki mendakwa pasangannya yang aedang hamil dipijak ketika berebut masuk ke tempat acara.
Sehubungan itu, pihak netizen memohon pihak berkuasa bertindak agar pelanggaran undang-undang yang makin galak dilakukan oleh para pempengaruh kebelakangan ini demi bertujuan mengisi konten media sosial mereka diambil tindakan sewajarnya.