Selepas Wan Saiful, dua lagi pemimpin Bersatu dilapor akan didakwa esok berkait kes seleweng projek Jana Wibawa

Selepas Wan Saiful, dua lagi pemimpin Bersatu dilapor akan didakwa esok berkait kes seleweng projek Jana Wibawa

Dua lagi individu akan dihadapkan ke mahkamah berhubung penyelewengan projek Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa), pagi esok.

Memetik Berita Harian, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan, kedua-dua individu terbabit yang juga ahli perniagaan akan didakwa secara berasingan di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor dan Johor Bahru, Johor.

Suruhanjaya itu memberitahu, prosiding pertuduhan terhadap dua individu terbabit dijangka bermula jam 9 pagi esok.

Difahamkan, individu yang didakwa di Johor Bahru, akan berdepan sekurang-kurangnya sembilan pertuduhan meminta dan menerima rasuah daripada kontraktor yang memperoleh kerja-kerja pembinaan di bawah program Jana Wibawa.

Individu itu juga dikatakan meminta suapan 10 peratus membabitkan RM10 juta daripada nilai dua projek binaan yang diperoleh menerusi dua syarikat.

Hari ini, Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM6.9 juta membabitkan projek Jana Wibawa bernilai RM232 juta tahun lalu.

Azalina dipetik sebagai berkata, sebanyak 56 projek mendapat surat terbabit sementera keseluruhan projek itu bernilai RM6.3 billion.

Program Jana Wibawa diperkenalkan ketika pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan objektif mempercepatkan pelaksanaan projek dan meningkatkan ekonomi negara semasa pandemik COVID-19.